26

6.5K 252 4
                                    

Kereta Izwan meluncur laju masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu kereta ditutup dengan kuat. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu oleh Azza.

Tombol pintu rumah mahu dicapai namun tidak sampai seolah olah ada orang buka dari dalam. Sabrina berdiri betul betul di hadapan pintu menyebabkan Izwan terkejut.

"Sab, kenapa berdiri depan pintu?" soal Izwan dengan nada agak marah.

"Awak dah balik??? Mama dengan papa takde diorang keluar. Awak dah makan ke? Sab ada masak ikan .... " 

"Tak lapar" Izwan memotong lalu menaiki tangga menuju ke bilik.

"Oh ok" balas Sabrina sambil mengekori Izwan dari belakang.

........

Sabrina membentang toto. 

"Sab, Izwan ada something nak bagi tahu"

Telinga Sabrina fokus mendengar.

"Izwan rasa kita patut pindah, I mean a little privacy"

"ok" jawab Sabrina sepatah. Dia percaya ni adalah cara untuk diorang kenal hati budi masing masing even dah lama berkawan.

"Tapi kita cari rumah dulu baru bagitahu mama papa"

Sabrina hanya mengganguk lalu terus menyelubungi dirinya dengan selimut.

"Sab ok tak?" soal Izwan yang pelik dengan Sabrina yang macam takde mood.

Sabrina hanya menggerakkan selimut tanda 'ok'

............

"Sab bangun sab, solat subuh" kejut Izwan lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kemudian Izwan keluar dari tandas,Sabrina masih tidak bangun. Izwan mengambil keputusan untuk solat dulu.

"Assalamualaikum warrahmatullah hi wabarakatul"

 Selesai doa, Izwan memandang Sabrina.

"Sab bangun la, kau period ke?" 

Sabrina hanya menggerakkan badannya namun tidak bersuara.

"Wei Sab ba..." Izwan agak hilang sabar, so dia tarik selimut Sabrina.

"Wei Sab kau ok ke tak?" soal Izwan yang melihat Sabrina dalam posisi memeluk lutut nya tapi masih lagi dari keadaan baring. (kalau korang perempuan, pernah kena senggugut korang tahu la macam mana posisinya)

Tudung sarung Sabrina dicapai lalu Sabrina yang berwajah pucat didukung Izwan lalu dibawa turun. 

"Bik kalau Mama dengan Papa balik dari masjid then tanya mana kitaorang, bagi tahu Wan bawak dia pergi Hospital. 

Bibik hanya mengganguk faham.

.............

"Jangan risau encik, Puan Sabrina hanya gastrik je" ujar Dr Faiz.

Izwan menghela nafas lega.

"Puan dah tahu kan puan ada gastrik, kenapa puan tak makan" soal Dr.

Sabrina hanya tersengih namun soalan tidak dibalas.

"ok lah encik boleh ambik ubat kat kaunter"

...........

DALAM KERETA

"Kenapa Sab tak makan dah tahu kan ada gastrik  ? "

"............"

.................

SAMPAI DI RUMAH

Elok je kereta berhenti, Sabrina terus menanggalkan tali pinggang keledar lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Izwan di dalam kereta. 

Izwan kehairanan "kenapa minah tu mood swing semacam? Gastrik je kot"

Izwan masuk ke dalam rumah terus menuju ke dapur. Lapar sebab semalam lepas kejadian 'break up' tu dia tak makan. 

"Macam mana Sabrina tu Izwan? Pucat semacam je bibik tengok"

"Dia gastrik je" ujar Izwan sambil mencedok ikan kari sembilang.

"La ye ke?"

"Sedap nya kari ni bik, bibik buat ke? Mama buat tak macam ni." soal Izwan.

"Bukan kamu dah makan ke semalam?"

"Makan?"

"La, kamu tak tahu ke dia masak ikan kari sembilang. Fav kamu tu." 

Izwan teringat "Awak dah balik??? Mama dengan papa takde diorang keluar. Awak dah makan ke? Sab ada masak ikan .... " (Flashback)

Izwan menepuk dahi.

"Dia ada la bagitahu bibik dia nak tunggu kamu balik, nak makan sama sama"

#########

Korang cerita ni dah nak reach 2k read. Tq so much for yor support and comment yang realllllllllly made my day. Apa kata kita buat challenge 2K read untuk hari ni. Kalau sampai, mai update extra chapter and sapa nak mai follow boleh comment cakap 'follow me' cause i would like to. 


Pilihan Terpaksa [Completed]Место, где живут истории. Откройте их для себя