12D - BAB 2

11.4K 1.1K 263
                                    

"Ibarat menghayati keindahan sebuah misteri." -Yang Yena.

            TEMBOK pintu masuk kediaman sahaja sudah begitu besar dan tinggi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TEMBOK pintu masuk kediaman sahaja sudah begitu besar dan tinggi. Kebesarannya sehingga tidak berkelip mataku melihat. Diperbuat daripada batu konkrit dalam reka bentuk segi empat tepat. Bagaikan sebuah kotak, ada sisi dalam dan sisi luar yang sejajar. Sisi atas pula sebagai bumbung turut diperbuat daripada batu konkrit. Cuma separuh ruang terbuka dicipta pada bahagian kiri tembok sisi luar.

Mewujudkan aura minimalis dalam reka bentuk trapesium siku-siku. Mungkin dibina untuk memberi laluan keluar-masuk sebuah pintu pagar gedang. Sisi dalam turut merupakan tembok dan dilapisi sebuah lagi tembok tebal berona coklat lembut. Nampak seperti tembok tebal tersebut bergabung dengan pintu pagar gedang. Entah apa fungsinya ditambah di situ.

Di antara sisi dalam dan sisi luar tembok, ada satu laluan kecil membawa arah menuju ke sebuah pintu bersaiz sederhana. Pintu kedua kediaman. Terceruk di hujung pelosok.

Pintu pagar gedang berwarna hitam itu juga bereka bentuk tertutup sepenuhnya. Tiada langsung jarang-jarang. Semuanya rekaan rata semata-mata. Di hujung kanan dan kiri tembok pagar utama gergasi ini, disambung dengan anak tembok tinggi sekitar 180 centimeter yang memagari keseluruhan persekitaran kediaman.

Kepanjangan anak tembok itu benar-benar tak masuk akal jika diteliti sampai lubang cacing. Dapat aku bayangkan betapa luas halaman luar kediaman mewah ini. Sepertinya juga, tembok-tembok ini dibina atas tujuan untuk memprivasikan segala-galanya.

Mungkin sahaja tuan rumah memang seorang insan 'sebegitu'. Amat mementingkan privasi.

Sementara aku si gementar, masih berdiri kaku di sini. Betul-betul di hadapan kediaman si dia, Kim Taehyung.

Hampir 15 minit, habisan-habisan seluruh haba panas tubuh sendiri dihakis kedinginan musim sejuk. Mulut mula menggigil kecil. Hidung mula terasa ketat. Lajak lagi lima minit, memang sahih aku berkahwin dalam keadaan selesema esok.

Lebih baik jika begitu. Berbanding dengan kesudahan mengangkat ikrar perkahwinan di hospital. Itu malang.

Perlahan-lahan tangan kanan kuangkat. Menjatuhkan pandangan pada sehelai nota kecil di cubitan jari. Buat kesekian kali, fikiran membaca sebuah alamat kediaman. Yang aku terima daripada setiausaha lelaki itu bersama-sama surat tersebut.

"Kita dah sampai, cik."

Makluman daripada pak cik teksi tadi terngiang-ngiang kembali di gegendang telinga. Sejenak kemudian, kepala kudongakkan semula. Sekali lagi, pintu pagar mewah di depan mata menjadi renungan lama. Aku datang ke sini dengan menaiki teksi. Alamat ini juga aku tunjukkan pada pak cik teksi. Jadi, mana mungkin aku dihantar ke kediaman yang salah.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 12, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

1 2  D I S E M B E RTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang