Cafe

814 9 0
                                    

Setibanya di cafe, D mencari kelibat Syaza. " mana Sya ni, kata nak teman makan." Rugut D. D memanggil teman baiknya itu sebagai Sya. Hal ini kerana mereka telah berkawan sejak kecil lagi. Syaza mahupun nama penuhnya Nur Syaza Azreen binti Muhd Adli merupakan teman D sejak di sekolah rendah lagi. Manakala Nama penuh D pula ialah Dayana Aqillah binti Jamaluddin.

"Hoi berangan apa?! Sergah Syaza
"Mak kau beruk! Hishh kau ni terkejut aku tau, nasib baik jantung ni kuat lagi! Marah D
"Hahaha kau tu yang berangan jauh sangat. Aku panggil berapa kali kau Tak dengar. And one more mak aku nama siti Sarah bukan beruk!"
"Hahaha takkan kau nak mengaku mak kau beruk pulak?? Jadi anak derhaka nanti kang"
"Kau tulah yang melatah entah apa-apa. Cakap elok sikit tak boleh ehh?? Soal Syaza
"Alah kau ni aku melatah pun salah. Yang kau nak serius sangat ni kenapa?? Ehh dah lah aku lapar"

Setelah membeli makanan, mereka mencari tempat duduk. Tempat di hujung cafe menjadi pilihan mereka kerana tempat tersebut agak tersorok. Barulah privacy sikit! Ehh makan pun nak privacy ke. Tiba-tiba D terpandang seseorang. "Alah dia lagi, takda orang lain ke?? Mati selera akulah"
"Kau kenapa D?"
"Takda pape lah"
Entah kenapa D seakan benci dengan Arra. Macamlah Arra tu ada hutang dengan dia. Ehh kenal pun tidak! Alahai Dayana

"Ehh Sya, kau sebilik dengan sapa Hah??
"Aku sebilik dengan nadia, Alaa nadia yang satu sekolah dengan kita dulu. Masa darjah 3 Dia duduk depan kau. Kau ingat tak??"
D menongkat dagu untuk Cuba mengingat kembali zaman persekolah mereka dahulu. " hmm, ohh nadia yang pendek-pendek tu. Dulu sekolah bawak beg beroda gambar Mickey Mouse!"
"Hahhh ingat pun kau "
"Gila kau tak ingat, kan Kita dulu selalu bawak main beg dia" D ketawa apabila Teringat kembali zaman kanak-kanak mereka. D memang terkenal dengan sikap nakalnya.

Jeda seketika. Tidak lama kemudian Syaza menyambung kembali.
"D, kau kenal tak budak meja sebelah Kita ni??"
"Sapa??" Soal D
"Alaa meja sebelah kanan kita ni"
"Tak! Kenapa?" D berpura-pura tidak mengetahui. Padahal mereka sebilik!
"Kau tak rasa dia 'hensem' ke??"
"Gila ke apa kau! Perempuan lah tu. Agak-agaklah." Dah kenapa kawan aku ni, takkan lesbian kot. Tanya D dalam hati.
Syaza hanya tertawa melihat reaksi D. D ni agak benci dengan tomboy. Bukan apa sebab Dia rasa tak selesa dengan perempuan yang berlagak macam dia tu lelaki! Ehh misai mana misai 😂

Roommate Where stories live. Discover now