N

897 108 0

7:59

Sekejap je lagi aku dah sampai dah cafe tu. Aku termenung. Entah kenapa aku masih takut pasal hal semalam itu.

Tengah aku termenung itu, tiba-tiba aku jimin berjalan dengan perempuan lain.

Huh! Dia dah ada orang lain. Baguslah. Lepas ni aku dah tak terseksa dah dengan perangai dia.

"Kita dah sampai! UWAAA! KUMAMON!"

Aku terkejut tengok yoongi tiba-tiba menjerit sebab nampak patung kumamon. Aku tau dia suka kumamon. Aku pun suka kumamon. Dekat bilik berlambak key chain kumamon.

Aku pun keluar dari kereta itu. Lama aku tak pergi sini. Aku dah tak ada duit dah pun masa tu. Sebab tu aku tak pergi sini.

"Err~ yoon. Aku nak pergi kedai kejap eh. Aku nak beli barang dapur kita."

"Oh. Okey!"

Yoongi menepuk-nepuk kepala aku perlahan.

"Jangan pergi mana-mana tau. Masuk cafe terus jangan merayau."

Aku membuat tanda ok.

"Aku pergi dulu ya."

"Okey! Nanti kita jumpa kat cafe"

Yoongi menganguk. Dia pun terus pergi kearah kedai untuk membeli barang dapur.

Aku terus masuk kedalam cafe. Aku mencari tempat duduk. Aku duduk berdekatan dengan tingkap disebelah kanan. Aku selalu duduk situ dulu.

Pelayan yang ada di cafe itu datang kearah aku untuk mengambil pesanan.

"Erm. Eh! Cik yoon, boleh saya ambil pesanan cik?"

"Oh ye saya nak cuppuchino(?) dengan kek cheese. Eh? Awak ni tzuyu kan? Lama tak jumpa awak."

"Hehe. Ya, saya tzuyu. Cik pergi mana? Kami semua rindukan cik."

Aku mengeluh kecil bila dengar tzuyu salah seorang daripada pekerja cafe itu berkata sebegitu.

"Saya sibuk dekat rumah dan.."

"Dan?"

"Dan, saya tak ada duit dah. Sebab tu saya tak datang sini. Mianhae~"

Tzuyu faham keadaan aku. Tzuyu tersenyum bila dengar aku cakap macam tu.

"Oh. Saya fahan keadaan cik. Saya pergi dulu"

Tzuyu tunduk dan terus pergi ke kaunter untuk menghantar pesanan aku.

Manalah baek ni. Kenapa dia tak sampai lagi?

D-day ❤

(C)❝Unknown Number S1❞ +  B.B.HRead this story for FREE!