Nafas Akhir

71 1 0

(buat K dalam kenangan)

Dahagalah hati
Seperti kerikil dan debu
Merahnya
Seperti suaramu
Dan peluh yang menitik
Pakaianmu

Dahagalah, hati
Seperti kayuan
Yang memikul harapan
   Impian
Dan perkara-perkara
Yang tak akan
Membelai janji

Dahagalah,
Seperti kucupan terakhir
Seorang lelaki
Menyebut nama-nama kekasihnya
Sebelum pergi

Nota Kecil Seorang KekasihWhere stories live. Discover now