Muka Surat Baharu

37 0 0
                                    

« Sampai di sini sahaja » kata Alif sebelum masukkan kotak terakhir ke dalam bonnet MyVi nya.

1

Solehah hanya mampu melihat lelaki yang dia sangka akan senantiasa menemaninya sehingga hujung usia kemas kemeja dan seluar nya ke dalam bagasi. Hatinya hancur. Tak kira berapa kali dia lap air yang mengalir di pipi nya, tak kira berapa kali dia masukkan kembali baju-baju Alif ke dalam almari yang mereka kongsi selama 3 tahun, tak kira berapa kali dia melutut, merayu, Alif tetap berkeras untuk pergi. Dia tahu, meskipun jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Tuhan memperkenankan rintihan hatinya, semua nya telah berakhir.

2

Masak lemak cili padi kegemaran Alif dibiar sejuk di atas meja makan. Alif keluar sebelum Asar tanpa memberitahu isterinya terlebih dahulu. Solehah tidak tahu keberadaan suaminya kerana Alif seolah-olah elak daripada berbicara dengannya. Mungkin pada Alif, suara sebak isterinya akan mengugat keputusannya untuk berpisah. Jadi tengah hari itu, beberapa belas jam sebelum Alif pindah keluar dan tinggal bersama rakan sekerjanya, Alif tinggalkan Solehah bersendirian  dan biarkan mesej dan panggilan tidak berbalas.

Solehah menanti kepulangan Alif di atas Sofa yang mereka beli bersama semasa mereka mula-mula pindah ke kawasan perumahan ini. Semua barang kepunyaan Alif telah disusun rapi di dalam kotak. Hanya barang yang mereka beli bersama yang tinggal di ruang tamu rumah teres setingkat ini.

Solehah renung bingkai gambar perkahwinan mereka yang disusun diatas kabinet TV ; potret dia dan Alif 3 tahun dahulu. Senyuman kegembiraan dan keterujaan akan hidup baru yang bakal mereka kongsikan bersama. Siapa sangka mereka akan berpisah 4 hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Siapa sangka mereka akan bawa haluan masing-masing setelah berikrar untuk setia saling mencintai sehingga hujung nyawa.

Tetapi apabila difikirkan balik, siapa sangka petang akan hujan sekiranya cuaca cerah sepanjang pagi?

Solehah keluarkan gambar perkahwinan mereka dan letak kembali bingkai kosong ke tempat asal. Gambar itu ditenung dan tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi Solehah.

Semuanya telah berakhir, fikirnya.

3

Dia menapak ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Mug dan gelas yang dibiarkan Alif di dalam sinki dibasuh. Semasa dia sedang menyusun gelas dan mug yang bersih, Solehah terkenangkan perbualannya dengan Alif beberapa hari yang lalu.

“Awak boleh tinggal di sini buat sementara” katanya tanpa berpaling menghadap Solehah. Dia sedang susun buku dan cenderahati yang diterimanya ke dalam kotak Daia. “ Sofa, TV, katil … dan barang dapur awak boleh ambil”

“Awak tak perlukan …” belum sempat Solehah habiskan pertanyaannya Alif memotong,

“Tak, tak. Lagipun rumah Muhammad kecil je.”

“Are you sure about this?” tanya Solehah.

“Sure, ambil je, no problem.” Balas Alif.

“Bukan. Kita” kata Solehah sambil menuju ke arah Alif.

Alif berhenti susun barang dan menelengkan kepala nya. Solehah tidak senyum, tetapi dia juga tidak menangis. Jauh disudut hati Alif dia rasa bersalah kerana telah patahkan hati Solehah. Dia tahu Solehah kecewa dengan keputusannya, dan dia tahu Solehah cuba untuk berlagak tabah, dan dia sedar bahawa senyuman manis Solehah telah lenyap daripada wajahnya yang tenang.

“Memang tiada peluang kedua buat ‘kita’?” tanya Solehah lagi sambil merenung lembut wajah Alif.

Ini bukan kali pertama, fikir Alif. Ini bukan kali pertama Solehah bertanyakan soal peluang kedua, soal mulakan episod yang baharu, soal baiki kesalahan semalam. Alif telah nekad sebulat hati, biarpun berapa kali Solehah ulang soalan yang sama, jawapannya tetap sama : sampai di sini sahaja.

Alif keluarkan sebuah buku daripada kotak dan hulurkan buku tersebut kepada Solehah.

« Buku apa ni ? » tanya Solehah walaupun dia nampak dengan jelas tajuk buku tersebut ; millions reasons to start all over again.

“You might need this.” Balas Alif ringkas sambil sambung mengemas.

4

Baiklah, millions reasons to start all over again, fikir Solehah sambil jalan menuju ke arah pintu masuk utama rumah mereka. Dia susun kasut yang berselerak di dalam rak kasut dan dia terperasan kasut kulit pemberiannya kepada Alif pada ulang tahun kelahiran Alif tahun lalu. Pertama, fikirnya, Alif tidak pernah susun kasut di dalam rak.

Bukan, Kedua : Alif tidak susun kasut. Pertama, Alif selalu tinggalkan mug dan gelas, kadang-kala pinggan kotor di dalam sinki. Alif sentiasa biarkan hal ehwal barang dapur, terutamanya kerja cuci-mencuci kepada Solehah.

Baiklah, sebab ketiga… sebab ketiga …

Ketika Solehah sedang fikirkan sebab ketiga, dia tertidur keletihan menanti kepulangan insan yang dahulunya dia sangka akan menjadi bapa penyayang buat anak-anak mereka.


5


Solehah terjaga pada pukul 3,45 pagi dan dia tidak dapat sambung tidur meskipun dia pejamkan matanya dan cuba untuk fikir hal yang menggembirakan dan menenangkan. Dia baring di atas rusuk kirinya menghadap ruang katil yang kosong disebelahnya. Alif masih belum pulang.

Dia bangun apabila jam digital dimeja tepi katilnya menunjukkan angka 4,20. Lauk diatas meja di dapur masih belum diusik. Bau yang kurang menyenangkan yang datang daripada masak lemak cili padi basi memaksa Solehah untuk buang semuanya di tong sampah di luar.

Setelah buang sampah, Solehah duduk di atas kerusi kayu di halaman rumah mereka yang Alif bina dua tahun lepas. Mungkin, lagi beberapa jam Alif akan ambil kerusi ni bersama-sama dengan kotak-kotaknya, fikir Solehah.

Baiklah, sebab ketiga, Alif kedekut. Dia tahu Solehah sukakan kerusi kayu ni. Setiap petang selepas pulang daripada kerja Solehah akan minum teh, kadang-kadang kopi disini. Alif sepatutnya tinggal kerusi ni buat dia.

6

Alif tiba untuk ambil kotak-kotak miliknya pada pukul 10 pagi.

Solehah hanya memerhati Alif masukkan barangnya ke dalam bonnet kereta tanpa berniat untuk menghulurkan tangan.

7

Tiada sebab keempat, fikir Solehah sambil memerhatikan Alif masukkan bagasinya ke bahagian penumpang belakang kereta. Dia masih sayangkan Alif, dan dia keberatan untuk mengaku tetapi dia masih cinta akan Alif. Dia sanggup korbankan jiwa dan raga untuk Alif, fikirnya lagi. Tetapi dalam cinta, tidak bermakna mereka harus bersama selama-lamanya. Kadang-kadang cinta bermakna, lepas dia pergi, biarkan dia bahagia, walaupun hakikatnya pemergiannya merobekkan jantung dan merabakkan jiwa.

Dan sebab dia cintakan Alif, dia lepaskan Alif pergi mencari bahagianya.

« Sampai di sini sahaja » kata Alif sebelum masukkan kotak terakhir ke dalam bonnet MyVi nya.

“Yup” balas Solehah sambil senyum, ikhlas. Semoga bahagia, doanya di dalam hati.

“Sampai jumpa lagi” kata Alif lalu masuk kedalam kereta sambil menghidupkan enjin.

Semoga jumpa lagi, bisik Solehah kepada dirinya sendiri.

Muka Surat Baharu.Where stories live. Discover now