1

16.5K 69 0
                                    

Bab 1

TENGKU ISMA masuk ke dalam bilik Tengku Fattah.

"Tah! Bangun Tah!" kejutnya. Dia menggoncang-goncang bahu Tengku Fattah yang lena dibuai mimpi.

"Bangunlah!" kejutnya lagi. Kali ini, nadanya ditekan sedikit. Geram!

"Hmm..." balas Tengku Fattah. Dia menarik selimut menutup mukanya.

"Bangunlah!" Tengku Isma menjerit pula.

"Ya Allah... kenapa Is terjerit-jerit ni?" tegur Sharifah Dahlia yang masuk ke dalam bilik apabila terdengar jeritan Tengku Isma.

"Tah ni haa... dah pukul berapa ni, dia belum bangun. Sudahlah ada mesyuarat pukul 9," jawab Tengku Isma. Dia masih menggoncang-goncang bahu Tengku Fattah.

"Is pergilah ke kerja dulu. Biar mama kejutkan," beritahu Sharifah Dahlia.

"Okey." Tengku Isma menyalam tangan ibunya sebelum berjalan ke luar.

Sharifah Dahlia menggoncang lembut kaki kanan Tengku Fattah. "Bangun nak..." ujarnya lembut. Penuh dengan kasih sayang.

Mata Tengku Fattah terbuka sebelah. Dia menggosok-gosok matanya sambil memandang sekeliling. Dia kemudian memandang Sharifah Dahlia. Dia bangun dari pembaringannya lalu duduk menghadap ibu kesayangannya.

"Yes ma?" soalnya lembut.

"Mandi, lepas tu makan. Pukul 9 Tah ada mesyuarat, kan?"

Tengku Fattah mencapai telefon bimbitnya. Dipandangnya jam digital yang terpapar di skrin telefon itu. 7:44 pagi.

"Okey," jawabnya pendek. Dia menghadiahkan senyuman kepada Sharifah Dahlia sebelum beredar ke bilik air. Sharifah Dahlia memandang katil Tengku Fattah yang tidak terurus. Dia mengemas katil itu dan keluar setelah menghabiskan kerjanya itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

MIA berjalan ke kelas yang akan diajarnya nanti. Langkahnya diatur kemas. Apabila dia masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan lima aliran sains, kesemua pelajar di dalam kelas itu tertanya-tanya siapanya. Maklumlah, itu merupakan hari pertama dia mengajar mereka.

"Assalamualaikum semua. Nama saya adalah Mia Asyikin binti Yusof Azri... hari ini, saya akan ganti Ustazah Ayu yang berpindah ke Johor," jelasnya. Senyuman terukir di bibir merah gadis itu.

"Waalaikumussalam ustazah!" jawab kesemua pelajar itu serentak.

"Okey... tolong perkenalkan diri anda ya..." Mia berjalan ke sebuah meja yang diduduki seorang gadis. "Bermula dari awak," sambungnya.

Gadis itu berdiri. "Nama saya Emilia Maisara."

Mia mengangguk. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Ustazah!" panggil seorang pelajar lelaki.

Mia menoleh. "Ya? Siapa tu?" Matanya meliar memandang kesemua pelajar itu, mencari pelajar lelaki itu. Seorang pemuda tampan berdiri.

"Saya ada soalan untuk ustazah," mula pelajar itu.

"Okey... nama awak siapa?"

"Fawwaz."

"Fawwaz... baiklah. Awak nak tanya apa?" soal Mia.

"Err... ustazah dah berpunya?"

Mia ketawa. Pelajar yang lain mula riuh.

"Gatal la kau!" jerit rakan pelajar nama 'Fawwaz' itu lalu ketawa.

"Bukan apa... aku saja nak tanya-"

Ustazah, Marry Me!Место, где живут истории. Откройте их для себя