R

922 132 0

22:00

Aku terbangun.

Ya, aku pengsan.

Aku mengosok mata aku.

Eh? Diorang tidur sini? Biar betul?

"Siapa pegang tangan aku ni?"

Kata aku perlahan.

Aku melihat orang yang memegang tangan aku. Yoongi.

Mesti dia tunggu aku bangunkan. Kesian kau yoongi. Buat susah kau je.

Aku mengeluh.

"Yoongi, kau ni kan. Tak payahlah jaga aku. Aku dah besarlah. Kau ingat aku ni kecil lagi ke? Kau ni pun. Kau cari kerja semata-mata untuk sara hidup kita je kan? Aku tau kita hidup sederhana, tapi kau tak payahlah buat semua ni. Kita tak bayar sewa rumah dah berapa bulan dah. Dari tahun lepas lagi. Aku kesian tengok kau yoongi. Kau selalu buat aku risau. Yoongi, kalau kau dah tak ada, susahlah aku nanti. Tapi mungkin kawan-kawan kau akan jaga aku untuk kau kan? Yoongi, aku akan tolong kau cari duit untuk sara hidup kita ni ya yoongi"

Air mata aku mengalir sebaik sahaja aku selesai bermonolog dengan yoongi yang sedang tidur itu.

Yoongi terjaga. Dia mendengar ada orang menangis. Dia pandang aku yang sedang menangis itu.

"Yoon? Kenapa ni?"

Aku terus memeluk yoongi.

"Yoongi, maafkan aku sebab aku selalu menyusahkan kau. Maafkan aku sebab kau susah payah cari kerja balik untuk sara hidup kita ni. Aku akan tolong kau cari duit yoongi. Aku akan tolong kau!"

Aku menangis. Aku menekup muka aku dekat dada yoongi.

Yoongi menepuk perlahan belakang aku.

"Dah dah. Aku tak marah pun dengan apa yang kau dah buat. Kau tak susahkan aku pun. Kau senangkan hidup aku. Itu je. Hm. Ikut suka kaulah kalau kau nak tolong aku ya~"

Aku menangis teresak-esak.

"Dah dah. Jangan nangis dah"

'Baek, can you help me for this?'

D-3(on going)
❤❤❤

(C)❝Unknown Number S1❞ +  B.B.HRead this story for FREE!