• 17

1.2K 148 63
                                    

[After beberapa abad tak update hahahaha]

Kyumi POV

Jimin ajak aku makan ramen dekat kedai tepi jalan je!

Ini dia kata romantik? Kepala timun kau Jimin. Aku pandang Jimin sedang buat pembayaran dekat kaunter kedai runcit 24 jam. Ramen aku dan dia tunggu nak kembang je ni.

Jimin terus mengambil tempat di depan aku sambil meletakkan tin soda di depan aku. Aku pandang Jimin, seriously aku bayangkan Jimin nak bawak aku makan kat restoran jepun or restoran cina yang mewah, at least hotel. Well dia cakap romantik.

Ini tak! dahlah kedai runcit, tepi jalan. Paling teruk tempat duduk kami berdekatan tong sampah, aku dapat lihat beberapa anjing kurap duk korek korek sampah tu mencari sisa makanan yang dibuang.

Yikes!

"Kyumi, mi dah kembang tu. Cepat makan nanti tak sedap" Suruh Jimin sambil tangannya ligat menggulung mi dan disumbat masuk ke dalam mulutnya.

Aku pun tanpa banyak soal terus makan, okaylah ramen. Sweet jugak.

Bunyi slurp slurp dari mulut Jimin membuatkan aku pandang dia, atau lebih tepat bibir dia. Bibir dia yang sedia merah semakin merah akibat kepedasan ramen itu.

Oh my god those sexy lips.

Aku teringat, bibir itulah yang tinggalkan kesan di leher aku. Jimin sepertinya perasan aku perati dia, dia terus mendongak memandang aku. Pandangan kami berlaga dan aku terus tunduk semula. Malu, pipi aku mula memerah. Teringatkan hal semalam.

"Ehem apa yang kau nak cakap dekat aku tu?" Sengaja aku menyoal. Nak tutup malu yang aku kantoi usha dia tadi.

"Oh hm sebenarnya aku nak tanya" Jimin berhenti makan, bibirnya yang penuh dengan kuah ramen dilap menggunakan ibu jarinya. Aku tak tahu kenapa sexy gila dia buat macam tu, kemudian dia raup pula rambutnya ke belakang.


FUCK YOU JIMIN!

Aku terus tunduk, kenapa dia buat macam tu! kenapa kenapa? Sambil sambil tu aku tunggu juga dia tanya apa yang nak ditanya tu.

"Betul ke kau dah ada boyfriend macam yang Jungkook cakap tu?" Soalan Jimin buatkan aku pandang dia macam -_-

Ingatkan apalah yang penting sangat. Aku terus menggeleng. "Tak, aku cakap macam tu sebak nak mengelak dari dia" Aku pandang Jimin, nak tengok reaksi dia.

Dia tunduk, sambil tersenyum. Dia mengeluh, mengeluh lega. "Baguslah macam tu" suara dia perlahan tapi mampu buat aku dengar.

Aku pun tersenyum, "Kenapa?"

Jimin mengangkat kepalanya, "Kenapa apa?" Soalnya balik.

"Tanya pasal tu?"

"Saja, untuk pengetahuan" Jimin sambung menghirup kuah ramennya. Aku mengangguk faham.

Aku pun sambung makan. habis.

***

Disebabkan kami pulang dari kedai runcit tu pun dah malam, aku pun malas lagi nak siapkan assignment. Aku terus melakukan rutin malam aku. Iaitu basuh muka, pakai night cream, moisturiser dan tidur.

Selesai buat semua tu, aku pandang Jimin. Dia sedang tekun menyiapkan assignmentnya. Aku panggil dia.

"Jimin"

Dia toleh seketika sebelum pandang ke atas kertas kerjanya semula. "Ya?" soalnya.

"Jangan berjaga sampai lewat malam. Selamat malam" Selepas berkata begitu aku terus baring, comfoter ditarik dan aku tidur.

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now