*BTS Jimin* Part 1

218 11 2

Hari ini hujan.Aku suka sangat dengan hujan.Suka bermain dengan hujan,bermandikan hujan.Aktiviti yang membuatkan stress aku hilang.

Aku ke padang sekolah yang sedang mencurah-curah dengan air hujan.Aku berlari satu padang dan memusingkan badanku.Merasai kesejukan dan kedinginan air hujan.

Aku memejamkan mataku dan mendepakan tanganku.

"Aduh..." Suara garau seorang lelaki mengeluh membuatkan mataku automatik terbuka.Lelaki itu seorang senior di sekolahku.

Aku tengok baju dia kotor akibat air hujan yang terpercik ke bajunya sebab aku berlari tadi.I am a dead meat!

"Mianheyo...mianheyo," Aku menundukkan kepala dan meminta maaf berkali-kali.

Lelaki itu tersenyum kepadaku dengan satu senyuman penuh makna.Lelaki itu mendekati aku.

"Saya tidak menerima sebarang kata maaf lebih-lebih lagi dari seseorang yang bergelar junior," 

Aku mengerutkan dahi aku.Nasib baik hujan tidak terlalu lebat,senang nak tengok muka dia.

"Habistu awak nak suruh saya buat apa? Saya sudah minta maafkan.Saya betul-betul minta maaf dengan awak.Saya tak sengaja,"

"Be my slave for 2 weeks," Ucap lelaki itu dan terus meninggalkan aku terpinga-pinga di tengah padang sambil dibasahi air hujan.

--------------

Aku menghentakkan kakiku dengan penuh kebencian sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu pagar sekolah.Kenapa aku perlu jadi hamba kepada senior Jimin dan benda yang paling aku benci sekali ialah dia sedang berdiri sambil tersenyum di pintu pagar ini menunggu kedatangan aku ke sekolah.

"Annyeonghaseyo Jung YoungNa," Senior Jimin menegurku dan mengenyitkan matanya kearahku.Kau ingat aku cairlah tu.Sorrylah ini Jung YoungNa sangat keballlah dengan panahan cinta sedemikian.Kenyit-kenyit mata ini bukan mainan Jung YoungNa.Lainlah kalau abang badan ketak-ketak tiba-tiba selamatkan aku dari penjahat guna ilmu martial art dia.Yang itu memang cairlah macam Ji Chang Wook.OMG! Meleleh air liur I...

"Sunbae-nim kenyit mata dekat siapa? Dekat  burung atas pagar sekolah tu ke? Kawan sunbae-nim ke tu?" Aku berpaling ke belakang dan menggunakan burung untuk mengenakan semula orang tua tak sedar diri ini.

"Hello! Aku... Aku... Lantaklah.Ambil beg ini dan tolong bawa untuk aku," Senior Jimin kehilangan kata-kata dan menyerahkan... Eih....  Bukan menyerahkan tapi melemparkan begnya kepada aku.

Lelaki ini kan... Aish! Cari pasal betul dengan aku.

Aku berjalan mengikutinya dan melihat seketul batu bersaiz sederhana.Aku menyepaknya sehingga berada di laluan senior Jimin.Dia berjalan melaluinya dan tersadung.Aku ketawa besar melihat dia jatuh macam nangka busuk .Itulah selamba badak sumbu je kau lempar beg ini dekat aku kan dah dapat makannya.

"Sunbae-nim tak apa-apa?" Aku cuba menunjukkan rasa simpati terhadapnya.

"Saya ok je tapi boleh tolong tarik tangan saya untuk memudahkan saya bangun?" Aku mengangguk dan meletakkan beg senior Jimin di tepi.Aku menghulurkan tanganku kepada Senior Jimin dan tak semena-mena ditarik olehnya lalu  jatuh di atas badan senior Jimin.Kepalaku berada tepat di perutnya.

"SUNBAE-NIM!" Aku menjerit kepadanya kerana telah mempermainkan aku.

Yang paling malunya,pelajar-pelajar lain mula mengerumuni aku dan senior Jimin.Aku benci semua benda ini.Aku menahan tangan aku di atas perutnya untuk bangun dan terus berlari ke kelas.

------

Ini baru hari pertama tapi kerja yang aku kena buat macam dah 30 tahun aku jadi hamba Senior Jimin.Aku benci!

YoungNa... Oh NaNa.... Nanana ganu kiter tengah buat apa tu? - Sunbae tak sado diri sent you a message.

Orang tua ini nak buat apa.Cukuplah dia suruh aku buat macam-macam dekat sekolah,dekat rumah pun nak kacau.

Sunbae-nim nak apa? Tolonglah kasi saya rehat dekat rumah. Nak kumpul tenaga layan permintaan mengarut dan kebudak-budakan Sunbae-nim itu -Message sent

Nanana.. Esok kita rehat sekali ye. Chingu sunbae-nim nak berkenalan dengan Nanana - Sunbae tak sado diri sent you a message.

Chingu Sunbae-nim? Nugu? - Message sent

Nanana tak kenal ke? BTSlah... Are you a nerdy 'cause only the nerdy who did know about my group - Sunbae tak sado diri sent you a message.

What? BTS? Geng yang paling hot,terkenal lagi tersohor di seluruh sekolah  tu chingu Senior Jimin? Omaigod... Kenapa aku tak perasan. Wait... Jimin BTS yang aku kenal tak pakai cermin mata. Sesajelah pakai cermin mata nak sorok identiti ini? What the...

Sunbae-nim ni rabun ke idok? Jimin BTS yang saya kenal tu hot lagi hensem + tak pakai cermin mata. Lastly,I am not a nerdy. I kenallah geng BTS. I minat V  Sunbae-nim dan Hoseok sunbae-nim. -Message sent.

Mamat dua orang tu juga yang kau minat... Awak tak minat saya ke? - Sunbae tak sado diri sent you a message.

You ain't funny at all Sunbae-nim- Message sent.

Aku offkan telefon dan terus memasuki alam fantasi yang indah.Bolehlah bermimpi jumpa dengan V sunbae-nim dan Hoseok sunbae-nim

--------

Aku menunggu Senior Jimin dan ahli BTS yang lain di hadapan kelas mereka seperti yang telah diarahkan oleh Senior Jimin.Siap suruh aku bawa kimbap lagi.Macam-macam betullah Senior Jimin.

Aku mendengar bunyi yang dihasilkan dari kerusi.Itu bermakna mereka akan keluar kejap lagi.Tak sabar pula aku nak kenakan Senior Jimin dengan kimbap yang aku buat.Aku akan berikan kepingan kimbap yang berinti wasabi dan pes cili merah.Baru padan muka.Hehehe... Tak sabarnya.

"Annyeong Jung YoungNa..." Seseorang menegurku.

"Annyeong...." Tangan seseorang melamba-lambai di depan mukaku.Ianya V Sunbae-nim.

Satu per satu ahli BTS keluar dan aku menunduk 90 darjah kepada mereka bertujuh.

"Bawa tak kimbap yang saya suruh awak buatkan?" Senior Jimin bertanya dan aku membalas dengan anggukan.Aku hanya menunduk dan tak berani untuk mengangkat kepalaku kerana aku dapat merasakan betapa merahnya pipiku blushing dengan kehadiran V sunbae-nim dan Hoseok sunbae-nim.

"Bagi dekat V sunbae-nim kau tu.Dia yang request nak makan," What? V sunbae-nim yang nak makan.OMG! 

V sunbae-nim cuba mengambil bekas yang berisi kimbap daripadaku.Aku kena ambil kimbap yang aku letak wasabi dan pes cili itu.

Fikir YoungNa... fikir.Fikir macam mana kau nak elakkan V sunbae-nim dari termakan kimbap super pedas.Hah! Aku ada idea.

"V sunbae-nim... Boleh tolong saya tak?"

"Tolong apa?"

------------------

Thanks kepada @chimchim_youngna sebab merequest. Ini adalah Part 1 nanti ada sambungannya. 

Tunggu sambungannya!

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!