BAB 1

2.3K 18 0


DIA tercengang! Buntang matanya menghadapi situasi yang tiba-tiba menerjah. Di muka pintu berdiri seseorang yang cukup dikenali dan benaknya sangat hairan dan terkejut.

" Sorry, tuan. Saya dah cuba halang tapi tak mampu." Tertunduk kesal setiausahanya, Nasuha.

" Mama, apa ni? Amru tengah meeting dengan staff." Sedaya-upaya dia cuba mengawal suara yang hampir meledak marah. Berkerut dahi dan kening hitamnya.

Tanpa berlengah Datin Amna menapak masuk. Menerpa laju ke arah anaknya yang sedang bersidang di meja dengan dua orang pekerja. " Mama ada hal lagi penting nak bincang dengan Amru. Antara hidup dan mati! "

Amru semakin tercengang. Kelihatan Nasuha dengan dua orang pembantu kanannya turut terpinga-pinga menyaksikan drama mamanya. " Amru kena selesaikan meeting ni dulu, mama. Give me ten minutes then I'll listen to you."

Kepala lekas menggeleng. " No way. You need to hear me first! Kita tak boleh berlengah lagi. Arahkan staf Amru keluar sekejap." Datin Amna enggan berkompromi. Seolah-olah masalah yang dimilikinya begitu besar dan perlu diberi perhatian terlebih dulu.

Kita? Amru ketap gigi. Masalah syarikatnya belum selesai dan sekarang mamanya mencelah dengan masalah lain. Sadisnya Datin Amna bukan seorang yang mudah mengalah. Selagi permintaannya tidak dilunasi, selagi itu mamanya terus mendesak. Cara terbaik, dia perlu korbankan sedikit masa demi kelangsungan kerjanya akan datang.

" Nasuha, awak boleh sambung kerja semula. Man, Razi, kita bincang lagi lepas lunch hour."

" Alright, boss." Serentak Salman dan Razi mengangguk.

" Please, have a sit mama." Pelawa Amru setelah pekerjanya beredar dan pintu kembali tertutup.

Datin Amna mengambil tempat depan anaknya. " Sorry, mama bukan sengaja nak kacau kerja Amru. Tapi mama buntu sangat. Dalam kepala mama cuma fikir Amru mampu selesaikan masalah ni."

" Masalah apa sampai melibatkan soal hidup dan mati? " Tanpa berlengah Amru terus menyebut persoalan utama. Lebih cepat dia uruskan mama, lebih pantas dia kembali menyelesaikan kerja yang bertangguh.

" Daddy kamu nak kahwin lagi."

Berkerut dahinya. Amru sandarkan belakang tubuh dekat kerusi seraya lepaskan keluhan berat. " Mama, itu bukan masalah. Isu daddy kahwin lain bukan perkara baru. Tak kan mama lupa yang mama dah ada dua orang madu sekarang."

" Correction! Daddy dah ceraikan bini kedua dia minggu lepas. Sekarang isteri daddy cuma mama dengan yang nombor tiga tu."

" Okay, whatever! Let's get to the real point."

" Kali ni mama tak suka dengan pilihan daddy. Mama boleh terima daddy nak kahwin lain. Tapi mama tak faham kenapa daddy boleh bertukar selera. Mana mama nak letak muka bila kawan-kawan mama tahu? Rasanya lebih baik mama mati daripada terima hakikat isteri baru daddy hanya seorang budak kampung." Bentak Datin Amna.

" Calm down, mama. Don't be too emotional. Apa maksud mama sebenarnya? "

" Perempuan yang daddy nak kahwin tu muda sangat." Selar Datin Amna.

" Muda? Itu yang mama tak boleh terima? Rasanya isteri daddy yang ketiga tu sebaya Amru."

" Yang buat mama geram, daddy kamu sengaja nak tambah aib mama. Ada hati nak kahwin dengan perempuan yang sebaya anak dara sendiri. Budak tu sebaya Amina. Baru minggu lepas daddy robohkan masjid, minggu ni dia berhasrat nak bina masjid lain. Daddy ingat mama tunggul. Tak ada hati dan perasaan. Segala malu dan aib mama tanggung seorang." Terketap-ketap mulut Datin Amna dek geram.

Makmum Yang Paling Aku CintaRead this story for FREE!