"Taehyung!"
Taehyung menoleh.
"esok awak datang awal sikit boleh?ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak" kata Arie.
"kenapa esok?cakap lah sekarang" kata Taehyung.
Arie menggeleng.
Taehyung mengganguk tanda setuju,selepas itu,dia pun pulang ke rumah.
---------
Keesokannya,seperti yang sudah dikatakan,Taehyung tiba di rumah Arie lebih awal daripada biasa.Arie menjemput Taehyung masuk ke dalam rumahnya.
"mianhae sebab buat awak tak selesa dengan rumah sempit saya ni" kata Arie merendahkan diri.
"ehh tak pe,saya ok" Taehyung memberikan senyuman.
"Taehyung,saya nak tanya,pernah tak awak terfikir untuk tinggalkan saya?"Arie bertanya dengan tenang.
Taehyung tersentak seketika mendengar soalan yang keluar dari Arie.
"Sayang,soalan apa yang awak tanya ni?"
"Jawab soalan saya" Arie bertegas.
"Tak,tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk tinggalkan awak" balas Taehyung.
"Saya dah banyak menyusahkan awak,hidup saya memang selalu akan menyusahkan awak,dan,kalau awak nak tinggalkan saya pun,saya faham" kata Arie.
"Arie,kenapa tiba tiba ni?" Taehyung memegang kedua belah bahu Arie.
"Awak bagi saya duit setiap hari,awak bayarkan yuran sekolah saya,tapi saya?saya langsung tak mampu balas apa apa pun untuk awak" kata Arie.
"saya tak perlukan apa apa dari awak,yang penting awak jujur dengan saya" balas Taehyung.
"Tapi tae..." Taehyung terus memeluk Arie dengan erat.
"Saya tahu awak selalu kena kacau dekat sekolah,dihina...tapi kenapa awak tak bagitahu saya?"
"Saya tak nak buat awak risau,saya tahan dan sabar sebab saya sayangkan awak" balas Arie.
"kita kahwin?"
Arie meleraikan pelukkan.
"awak gila?kita muda lagi!" Arie tidak setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Taehyung.
"I don't care"
"Tapi macam mana kalau keluarga awak tak dapat terima saya?"
"Keluarga saya pasti akan terima awak,saya janji" kata Taehyung.
"awak yakin?" Arie masih ragu ragu.
"awak tak percaya?Jom!sekarang juga saya bawa awak jumpa omma saya" tanpa membuang masa,Taehyung menarik Arie dan menolak Arie masuk ke dalam kereta.
Taehyung menghidupkan enjin kereta mewah miliknya itu.
"Tapi awak,sekolah macam mana?nanti kita lambat" kata Arie sambil menggoncang lengan Taehyung.
"shhh!duduk diam,sekolah?hari ni kita cuti sendiri " kata Taehyung sambil memasangkan tali pinggang keselamatan untuk Arie.
"haihh,apa lagi lah yang akan jadi lepas ni?kalau omma dia tak dapat terima aku macam mana?aku tak nak jadi macam dlam drama drama tv.urghh" bisik hati Arie.
---------
Selepas beberapa minit,Kini mereka tiba dihadapan rumah yang sebesar istana.Berbiji biji kereta mewah tersusun cantik di halaman rumah.Ternganga Arie dibuatnya.
"Ni rumah awak?" Arie masih terkejut dengan kemewahan rumah Taehyung.
"tak lah,rumah makcik sebelah" jawab Taehyung.sarkastik.
YOU ARE READING
[C]Tears + S2 •Pjm• ✔
RandomTaehyung & Jimin ? •Thanks to Davinci Graphic Shop for this nice cover ^_^
![[C]Tears + S2 •Pjm• ✔](https://img.wattpad.com/cover/86020554-64-k330462.jpg)