Part 43

7.6K 486 24
                                    

Isnin (6.55 Pagi)

Aku keluar awal daripada rumahku, takut jikalau disoal-siasat lagi dengan keluarga. Aku membuka pintu klinik sebelum bermain dengan anak kucing. Aku rindu hendak bermain dengan anak kucing sambil aku membuat kerja.

Setelah aku meneliti kesemua kesihatan haiwan yang berada di dalam klinik, aku ke arah kura-kura yang berenang di dalam kolam kecilnya. Aku ke arah arnab pula sebelum memberi lobak merah yang segar daripada ladang.

Setelah beberapa minit aku menunggu, aku perasan Ira masuk ke dalam klinik sambil memegang kuat failnya. Dia nak buat fail sebagai senjata dia ke?

"Ish terkejut Ira. Ingatkan pencuri mana tadi masuk"Aku tergelak kecil.

"Sorry, akak saja je datang nak main dengan anak² kucing ni. Kalau pencuri datang pon, dorang nak curi apa? Hati Ira ke?"Tanyaku sinis manakala Ira tersengih.

"Ira dengar Rif meminang akak, betul ke?"Aku mengeluh.

"Yes, depan makcik korang lagi. Abang² akak semua tanya bila nak kawin, terima ke tak. Serabut je diorang tu"Kataku manakala Ira tergelak kecil.

"Tapi okey apa kalau akak kawin dengan Rif, boleh Ira dapat anak buah"Kata Ira sinis.

"Ha ni buahnya"Aku menunjukkan penumbukku.

Ira hanya menayangkan sengihannya.

"Dah la, akak nak gi Kafe Latte. Boleh jadi gila kalau akak duduk sini lama²"Aku terus beredar keluar untuk ke arah Kafe Latte manakala kedengaran ketawa Ira di belakangku.

Aku buka sahaja pintu, seseorang melompat ke arahku.

"Eh mak kau hantu lompat!"Latahku sebelum memeluk anak Syaqir agar dia tidak terjatuh.

"Ibu Iman bukan hantu tompat, Iman hantunya"Kata Iman sambil tersenyum menunjukkan giginya.

"Ha ye la tu. Iman tolong pergi dekat abah Iman, kata mak su nak latte dalam cup kertas"Arahku.

"Ai Ai captain!"Dalam sekelip mata sahaja, Iman hilang daripada pandanganku.

Aku duduk di sebelah cermin sementara aku menunggu minumanku. Iman berjalan ke arahku dengan perlahan-lahan sebelum memberi kopi kepadaku.

"Thanks Iman. Mak su nak pergi kerja lu, bye-bye~"Aku beredar ke tempat kerjaku setelah aku mencium pipi Iman.

Skip

Aku masuk ke dalam lif lalu menekan butang di mana terletaknya pejabat. Belum sempat pintu lif ditutup, sebuah tangan menahannya.

"Eh kau ni, jangan la tutup laju sangat. Penat aku nak lari"Kata Fariel sambil mencari nafas.

"Mana aku tau kau datang awal² kul tujuh pagi ni. Dah cepat la masuk"Fariel masuk ke dalam lif bersamaku.

Sedang kami menunggu tempat yang dituju, kami hanya bermain dengan telefon pintar sahaja sehinggalah Fariel perlu membuka mulutnya.

"Aku dengar Irf ajak-"

"Don't. Say. It. Aku tau kau nak cakap apa and yes memang betul. But, how do you know?"Tanyaku pelik.

"Budak office kita kan maju je bab dalam membawang ni. Dengar kata ada budak office kita nampak korang dekat restoran mewah"Terang Fariel.

"Mati la aku dengan budak² office kita yang perempuan. Kena soal siasat sama macam dekat rumah aku"Kataku sambil mengeluh kasar manakala Fariel tergelak.

Setelah sampai, kami berdua keluar daripada lif lalu duduk di tempat kami dan terus kami membuat kerja.

Aku terdengar beberapa lelaki yang duduk tidak jauh dariku sedang berbual.

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now