Royals 42

6.7K 506 10

Lyssa khusyuk mendengar penjelasan Lynna. Yang lain pula dah bantai tidur atas sofa yang ada dalam wad Lynna. Wad VIP beb.

"Orang?" Soal Lyssa.

"Mama hutang dengan along. Tapi, hutang dia banyak sampai tak terbayar. Along tu datang rumah minta hutang. Masa tu, Mama tak ada duit. Along tu beri tawaran. Kalau Mama serahkan akak pada along, hutang selesai. Akak... akak tak sangka pula Mama sanggup serahkan akak demi kepentingan diri dia !" Kata Lynna lalu tertunduk.

Air matanya semakin lebat di tubir mata.

"Akak lawan macam mana pun, orang-orang along tu lebih kuat dari akak." Suara Lynna semakin perlahan.

Laaaa ni dah masuk dua kotak tisu dah. Haih..

"Lepastu, apa jadi?" Soal Lyssa ingin tahu.

Hatinya juga membara ketika ini. Jika dia dapat kepala along itu, pasti hatinya puas.

"Akak...kena rogol malam tu. Diorang paksa Akak minum kencing setan! Bila akak melawan ,diorang pukul akak. Lepastu, penglihatan akak semakin kabur. Esok pagi, akak bangun, akak dah tak berbaju....Lys. Akak jijik!!!" Lynna terus tidak terkawal.

Terus bangun kelima-lima manusia yang membuta tu.

"Shhh..." Lyssa memeluk Lynna.

"Akak...jijik..." Ulangnya lagi.

"Hmm.. suami akak pula?" Soal Lyssa.

"Dia..dia beli akak." Jawab Lynna lalu Lyssa mengesat air mata kakaknya dengan tapak tangan.

"Beli lepastu kahwin?" Soal Lyssa lagi.

Lambat-lambat Lynna menggeleng. Lyssa terkejut.

"Jadi...akak...astaghfirullahalazim." Lyssa terduduk di atas kerusi plastiknya.

"Akak, minta maaf." Semakin kuat tangisan Lynna.

"Akak tak de niat nak tipu Lyssa. Akak cuma tak tahu bila masa yang baik nak bagitahu Lyssa." Lynna memegang tangan Lyssa.

Lyssa masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Tak apalah. Akak tak payah minta maaf. Benda dah jadi kan? Apa boleh buat?" Kata Lyssa reda.

Sebenarnya, dalam hati kecewa.

"Sobs...sobs..."

Lyssa menoleh ke belakang. Budak lima orang tu tukang habiskan tisu.

"Eii korang ni!" Marah Lyssa lalu menarik kotak-kotak tisu sebelum innalillah isinya.

"Apa?!" Marah diorang balik.

Aik?!

"Orang tengah sedih, kau kacau." Kata Ariana sambil berpelukan dengan Amisya.

ERK, salah aku?












Tbc, vote2, comment2 and follow2😂💗💗

6 RoyalsRead this story for FREE!