019 ❃ SEBOTOL CIDER EPAL

ابدأ من البداية
                                    

Senjata itu semua hanya boleh diguna oleh manusia tertentu sahaja. Manusia yang mampu menggunakan sihir dengan permata genma.

Begitulah kisahnya.

Tetapi, masalah lesen senjata api ditarik ni bukanlah masalah besar manapun. Pelanggannya bukan selalu buat hal pun. Cuma baru-baru ini, menjadi-jadi pula ragam mereka.

Beryl tahu kenapa. Semuanya kerana sahabat buniannya, Sylvan kini jarang datang melepak dibarnya. Siapa tak takut? Sylvan merupakan ahli rosamund berpangkat tinggi. Berani nak buat hal? Apa-apa tindakanpun boleh dikenakan. Tambahan pula dia merupakan sahabat baik Beryl.

Sylvan kini jarang melepak di bar Beryl semuanya kerana Nymph. Kalut dan porak-peranda harinya kerana Nymph! Sylvan tidak dapat fokus untuk membuat tugasannya.

"GEDEGAAAGGG!!!"

Sylvan tiba-tiba menerjah masuk ke dalam barnya. Menghempas pintu masuk bar 'kecil' itu dengan sekuat hati!

"Beryllll!!!"

Dada bunian itu kelihatan turun naik. Wajahnya kelihatan cemas. Keringat pada dahi jelas kelihatan.

Panjang umur Sylvan, tapi baru sekarang nak datang? Sudah terlambat. Cara datang pula macam baru kena kejar dengan babi hutan. Gelabah dan tidak tentu arah.

"Apahal kau ni?"

Meluat dengan cara kehadiran Sylvan. Main hempas-hempas pintu. Pantang betul.

"Nampak anak lipas tak?"

"Hah? Anak lipas? Maksud kau Nymph?"

Dahi Beryl berkerut. Meremang sedikit bulu roma Beryl. Lipas adalah musuh besarnya. Ergh... malas nak fikir. Beryl kemudian mengutip satu persatu alas meja dari meja ke meja.

Anak lipas yang digelar Sylvan sebenarnya merupkan pasangan kekasih Sylvan. Gadis bunian yang lincah dan gemar merayap ke sana dan ke sini.

Siapa lagi?

Nymph lah....

"Yalah! Aku adahal ni! Ada lagi pembunuhan berlaku di hujung hutan Eplé. Aku tidak mahu dia mengganggu aku sewaktu bertugas."

"Cubalah tengok dekat Kafe Selwyn. Bukan sekarang Nymph suka melepak dengan Monica ke?"

Beryl memberi cadangan.

"Selwyn bawa Monica keluar entah ke mana. Kau ingat Si sombong (Selwyn) ada masa untuk melayan anak lipas itu?"

"Hmmm.. Betul juga ya. Selwyn mana ada masa nak layan orang lain. Faham-fahamlah sudah bekeluarga."

Beryl mengusap jambang merah burgundy kebanggaannya itu.

"Aku sudah penat dan lelah."

Sylvan merungut.

"Kau jangan risaulah. Tak ke manalah dia. Lagi satu, pagi-pagi buta ni yang kau berpeluh-peluh ni apahal?"

Beryl berkerut melihat Sylvan yang berpeluh lebat. Tak akan sebab cari Nymph sahaja.

"Aku datang daripada stesen kereta api."

Sylvan menghembuskan keluhan.

"Buat apa?"

Beryl berkerut. Buat apa Sylvan naik turun dari stesen kereta api? Stesen kereta api di Eplé ni tinggi. Atas bukit. Tak akan bersenam.

"Aku tunggu sahabat aku. Aku mahu minta tolong dia tengokkan anak lipas tak guna tu. Tapi tengok-tengok dia tidak ada. Mungkir janji betul. Mungkin kereta api seterusnya dia akan turun."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن