BELAJAR MEMASAK

55 3 2
                                    

"Hati-hati ye Nora ke kelas memasak ko tu, sekarang banyak kes bunuh.", pesan maknya.
"Ye mak, Nora tahu. Nora kan ada taekwondo. Sekali pembunuh tu datang tau la Nora kerjakan. Bye mak."

Tutt. Nora meletak telefonnya.

Nora adalah seorang chef yang sangat hebat. Dia sudah mula memasak sejak umur 10 tahun lagi. Dia juga pernah memasuki pertandingan Masterchef Junior pada umur 11 tahun dan tanpa diduga mendapat tempat pertama.
Habis SPM dia menyambung pengajian di sekolah kulinari untuk menyambung cita-citanya yang satu itu.

Pada umur 23 tahun, dia telah mendapat banyak anugerah di seluruh dunia. Nora juga telah membuka sebuah pusat untuk melatih para chef muda untuk menaikkan industri makanan di Malaysia.

"Sampai pun aku kat sini.", bisik Nora.
"Helo Chef Nora, kita ada banyak pelajar baru yang ingin mendaftar harini.", kata Chef Nina pembantu kanannya.
"Baiklah Nina pastikan awak pilih mereka yang elok sahaja. Oh ya, dan pastikan jugak daging yang kita dapat haritu disedekahkan kerana kita akan dapat daging segar harini."
"Yes, chef!"

Pelajar yang telah dipilih adalah seramai 5 orang daripada 30 orang.

"Baiklah semua, kalian telah dipilih kerana anda semua adalah istimewa dari segi rupa dan bentuk badan.", kata Chef Nora.
"Tapi Chef, bagaimana dengan bakat kami.", kata salah seorang pelajar.
"Oh, ye dan itu juga. Mari semua ikut saya."
"Yes, chef!"

Mereka tiba di sebuah bilik.

"Nina tutup pintu."
"Yes, chef!"



"5 kepala mayat tanpa badan ditemui di Sungai Perak. Dipercayai itu adalah mayat 5 orang yang hilang dua minggu lalu.", sumber Bernoma. - End

#creependekWhere stories live. Discover now