1

187 9 6

"U dekat mana? I dah sampai ni , I tunggu dekat starbucks."

"On the way ni jem la beb , okok nanti I jumpa U dekat situ. Bye."

"Bye." Adriana menamatkan panggilannya bersama rakan baiknya tadi , Ally.

Setelah memesan starbucks kegemaranku, aku memutuskan untuk mengambil tempat di meja yang paling hujung lalu membuka apps twitter ; apps untuk bergossip , memaki tanpa diketahui ibu bapa, dan menge-share benda yang tidak berfaedah.

Ya, Akulah Adriana. Adriana Natasya, seorang remaja yang baru berumur 15 tahun pada tahun ini. Untuk dipendekkan cerita, aku dilahirkan dalam keluarga yang berada. Apa sahaja yang aku minta akan ditunaikan serta merta. Disebabkan aku anak tunggal dalam keluarga dan ibu bapa aku terlalu sibuk dengan urusan kerja, ibu bapa aku jarang sekali mengajar aku tentang kewajipan didalam agamaku, Islam.

Aku mengeluh sambil melihat jam tanganku. 'Mana Ally ni hurr lama lagi ke?  Dah 5 minit aku tunggu kau ish.'  Aku terus menyedut starbucks yang aku beli tadi sehingga suku.Sedang aku ralit scroll twitter aku yang 'bosan' tu, Bahu aku dicuit. Aku terus memandang sebelah kananku dan kelihatan Ally sedang tersengih seperti hendak gelak kerana aku terkejut tadi.Cehh.

"Haaa dah sampai pun bae I ni. Cantik dress U, baru beli eh?" tanyaku sebagai pembuka bicara.

"Hehe sorry la lambat and yeap! I baru beli dua hari lepas, Mac Duggal 30131." Balas Ally dengan riak muka yang bangga. Ya ibu bapa Ally juga orang yang kaya dan senasib denganku cuma dia mempunyai seorang abang yang selalu keluar dari petang hingga lewat malam.

Harini aku cuma mengenakan baju kemeja kotak dan seluar ketat jeans.Simple yet beautiful ha ha ha! Urm...aurat? Ya aku tahu aurat perempuan dari mana sampai mana sebab ustazah ada beritahu dan aku sepatutnya tidak keluar secara free hair, pakai pakaian yang menampakkan tubuh badan.Dosa? Aku tahu tapi aku seperti tidak endahkan benda tu malah aku tidak takut dengan dosa ini. Seperti hatiku sudah dipagari dengan satu tembok besi yang tidak dapat dimusnahkan walaupun sudah berpuluh kali diberitahu, diceramah dan dinasihati tentang azab bagi perempuan yang tidak menutup aurat.Keras.

"Eh U termenung apani? Jomlah pergi shopping. Air I dah siap ni." Kata Ally yang mengejutkan aku daripada lamunan.

"Jom."

***************************

Assalamualaikum!! Ya Allah syukur sangat sebab dapat tulis bab 1 sampai habis *happiness tear drop* And and and omg thanks sebab sudi baca! Actually this is my first published story ;w;) sebelum2 ni pernah jugak nak try tapi xde idea + xde self-confidence U-U huhu.


KembaliRead this story for FREE!