HARI SABTU
DI CAFE
"Aish, mana budak milk ni? Ni yang geram, dia yang ajak pastu dia yang lambat." Bebel Jiae .
5 MINIT KEMUDIAN
"Sorry lambat. Aku perah santan tadi. Omma aku suruh, dia malas nak beli santan." Kata Suga lalu duduk berhadapan dengan Jiae. "Masuk akal ke alasan kau tu? -.-"
"Eh, betul lah alasan kukuh tu. Kau tak percaya meh sini tengok kuku aku." Suga pun hulurkan jarinya. Jiae memanjangkan leher untuk tengok.
"Arghh! Ulat kuku! Eeee tahi kuku! Selekeh lah kau. Loya aku tengok. Tak ada selera dah aku nak makan tiramisu aku ni." Jiae menolak jari Suga kasar.
"Kan dah cakap. Tu lah, tak nak percaya." Suga gelak mengejek sambil tangan kirinya di hadapan bibirnya. "Omma ㅠㅠ."
"Apa kau nak cakapkan tu? Ppali, aku nak uruskan oppa aku yang tak matang kat rumah aku tu entah apa dia buat. Habis selerak dapur aku dikerjakannya."
"Aku--Ak-aku..." Suga main jarinya dan menunduk memandang lantai. Berdebar dadanya mengepam darah laju.
"Sebernaya.." Tak sempat Suga mahu habiskan kata-katanya Jiae memotong.
"Kau ni dah kenapa? Gagap bagai. Kang kek ni juga aku sumbat dalam mulut kau!" Marah Jiae. Dia juga tidak sabar untuk dengar ayat seterusnya. Benda dah boleh agak.
Saja dia biarkan.
"Okay, actually i love you Jiae. I love you so much. More chips more." Luah Suga berani.
"Aku tahu lah BI aku failed, tapi tak payah lah speaking halamak sedih ahh gini. Pakai lah bahasa melayu. Bahasa kita." Jiae menepis air nata yang tak wujud.
"Ppffttt, bahasa BI senang kacang macam tu pun kau tak faham? Ayat hot kot tu. Apa kebodoh sangat kau ni? Masa tu acah cleve. " Tercetus gelak tawa Suga.
"Bro, aku tak memain. Aku memang tak tahu apa maksud dia. So translate kan lah cepat sebelum kek ni hinggap kat muka kau." Tegur Jiae garang.
"Okay, okay. Jiae." Suga pun berhenti ketawa dan terus pegang kedua-dua belah tangan Jiae. Tak lupa juga eye contact.
Suasana jadi lebih serius.
Dup Dap Dup Dap
Jantung Jiae bagai nak terhenti bila Suga berbuat sebegitu. Perasaan Jiae sekarang bercampur baur. Malu, segan, nervous semua ada.
"Rahsia kau dah terbongkar. Semua aku dah tahu. Tak sangka kau pun sukakan aku. Kita sama-sama pendam perasaan bertahun-tahun. Diary kau, aku dah baca kesemuanya. Apa kau tulis tu semua aku dah baca." Suga menghadiahkan senyuman manis. Kelihatan lembut sahaja pandangan itu.
"K-Kau dapat ta-tahu dari mana?" Soal Jiae tergagap.
Flashback 2 hari yang lalu
"Halu?" Suga membuka pintu rumah Jiae. Di rumah Jiae tiada siapa. Ye lah, Jiae kat hospital. Suga tahu rumah Jiae tak ada orang. Saja je dia nak pastikan memang kat rumah tu tak ada mahluk.
Suga pun masuk ke bilik Jiae di tingkat 2. Apabila dia bukak pintu. "Maai, ini lah girl. Bilik macam sarang tikus. Tikus pun lari rasanya. Ish, hapak bau bilik dia." Perli Suga.
"Eo? Mwoya ige? Uish, special gila book ni. Siap ada diamond bagai. Blink-blink lagi. Pinky pulak tu. Setahu aku Jiae paling benci colour pink. Ni tiba-tiba beli buku pinky ape masalah dia ni." Pelik Suga dibuatnya. Kerutan muncul di dahinya.
Buku yang Suga pegang tu buku diary Jiae. Buku tu tak berkunci pun. Kalau berkunci susah lah nak bocorkan rahsia.
Suga pun buka buku tu dan baca muka surat 1.
ISNIN
27.4.2016
WAHAI DIARY ,
AKU RASA TENANG BILA DENGAN DIA, AKU RASA SELESA DENGAN DIA, AKU PUN BOLEH PERCAYAKAN DIA. AKU JUGA RASA SELAMAT BILA DENGAN DIA. SARANGHAE SUGA?
Suga tergelak kecil membaca diary itu. Satu per satu muka surat di buku itu di buka. Semua yang ditulis di dalam diary tersebut dibaca olehnya bersama sengihan.
END FLASHBACK
"Waduh, kau baca semua ke? Malunya!" Muka Jiae merah menahan malu. Mana tak malu. Diary kot, entah apa dia tulis dalam tu.
"Kau tu pun satu, fool sangat. Dah tahu book tu berharga main letak je kat situ. Memang aku baca lah. Lepastu bilik kau memang tak boleh belah. Bau dia, hapak toi dengan bantal semua bersepah. Macam sarang cencorot tau tak?" Sempat Suga mengata. Depan-depan lagi.
"Sorry lah aku ni pemalas kau tau kan. Bilik aku tu memang tak boleh dibelah dua. Kenapa?" Jawab Jiae selamba. "Whattdaa +.-" Biul sudah Suga dibuatnya.
"So, kau sudi jadi girlfriend aku?" Suga bermain jari. "Of course!" Kata Jiae keriangan.
"Yahooo! Aku dah ada girlfriend!" Sorak Suga keriangan dan terkinja-kinja sampai semua di dalam cafe pandang dia pelik.
"Buat malu je lah kau ni! Duduk sebelum aku ubah fikiran aku!" Ugut Jiae. Suga pun terus diam and duduk. Takut. "So, mana cincinnya?" Tanya Jiae.
"Yang tu kau tunggu aku kerja dapat gaji. Duit poket aku ni pun omma aku bagi lagi ngeee." Sengih Suga seperti kerang busuk.
"Whattdaa -.-" Bengis sudah Jiae.
Chuu ~~
Mata Jiae terbeliak bila Suga cium dahinya lembut. Jiae pun kaku dan tak berkata apa.
"Gomawo Jiae ^^." Ucap Suga.
"N-Nae!"
"사링해 유지애! (Saranghae Yoo Jiae)." Sambung Suga sambil membuat mini heart.
"나도 사랑해 우유야 (Nado saranghae yuyu-yah)."
THE END !
HALLO GUYS ~~ SEDIH TAK FF NI DAH HABIS ? MAAP CITE NI KLISHE NAK MATI.
KALAU ADE TYPO TU MIAN . AUTHOR TAK LEH DIPISAHKAN DENGAN TYPO-AN TU . HHAHAHA . TYPO TU LAH TEMAN HIDUP KU . HUHUHU . TYPO ITU INDAH KAN ? HIHI
YOU ARE READING
[C] MY DIARY ㅣ민윤기
Short StoryHanya disebabkan sebuah buku , semua beban yang ditanggung selama 16 tahun semakin lama semakin ringan . My diary , my love {DEBUT FF} #8ffmalay
![[C] MY DIARY ㅣ민윤기](https://img.wattpad.com/cover/85616924-64-k798085.jpg)