Chae Eun
Pagi lagi aku dah bangun tolong omma masak . Lepastu nak pergi sekolah . Aku tekad nak jalan kaki pergi sekolah sebab berat badan aku naik tho tolong lah aku !
" ommaaaaa ! Morning " aku memeluk omma dari belakang . Nampak macam busy je buat sarapan hihi
" aish kamu ni . terkejut omma tau " dia memegang dadanya sikit . Terkejut barangkali
" mianhei mianhei hajima haha " aku mencium pipi omma sekilas
" kamu okay ? Omma tengok mata kamu macam bengkak je " omma memegang pipi ku . Aku hanya tersenyum
" im okay . Cuma malam tadi tak boleh tidur sakit mata tu yang bengkak "
" hah amik eyemo dekat atas almari tu pastu pakai ok ? " aku menepuk bahuku perlahan
Aku hanya mengangguk dan berjalan ke arah almari
" awal siot kau bangun uyo uyo " yoongi menegurku
Tch , biasanya dia ni bangun pagi dengan muka hantu dia harini lain pulak mood dia em
" chae , sini jap " yoongi memanggilku
Aku duduk di sebelahnya . Memandangkan baru pukul 7:15 dan kelas start pukul 8 , so aku boleh relax jap kat rumah ni . Entah-entah youngrin dah sampai
Alah kalau dia sampai pun dia date dengan sanghyuk je hm
" kau harini tak ada schedule ke ? " aku tanya yoongi namun mata tertancap pada televisyion
" aku sekolah dan seorang trainee . Trainee takdelah sampai schedule pun nak padat " dia menjawab soalanku
" kau okay tak ? Dengar cerita kau dengan jaehwan gaduh " sambungya namun diperlahankan suara kerana takut omma dengar
" im okay yoongi . Biarlah dia nak bahagia . Takkan asyik nak tengok muka aku je en " tangisan ditahan dari mengalir
" kau adik kembar aku dan aku dapat rasa kalau kau sedih . Aku pun sakit tau tak tengok kau sedih . Takpe kau ada omma , appa , aku , bangtan , youngrin , sanghyuk dan mungkin kau ada jaehwan . Bincanglah baik-baik dengan dia mana tau dia ok nanti " yoongi memelukku erat
Aku menangis di dalam dakapannya . Setelah tangisan aku reda , aku lepaskan pelukan . Tu pun sebab dengar tapak kaki omma menuju ke arah ruang tamu . Kalau tak , nak je peluk yoongi
Yoongi wangi gais . Aku cabar korang peluk dia tapi kalau korang nak rasa penangan kayu besbol dia lah em
Yoongi dan aku makan sarapan bersama omma . Berbual rancak habis yoongi ni . Dia kata jungkook punya boxer hilang lepastu dia cakap dekat omma dia yang tolong cari sampai jumpa
Ceh , padahal aku tau dia yang pinjam sampai koyak boxer si jungkook tu heh your mom is green yoongi . Eh mak dia mak aku jugak em takpe ah redha cakap mak sendiri green hm
Selesai makan , aku salam omma begitu juga dengan yoongi . Kami berjalan kaki ke sekolah . Yoongi sangat pelik harini . Biasanya kaki dia paling banyak emas untuk dia angkat kaki dan berjalan ke sekolah
Tapi sekarang dia yang pimpin aku . Itu pesanan omma kepada yoongi . Macam ni pesanan dia ' yoongi , pimpin adik kamu tu . Dia tu kecik lagi tak pandai nak lintas jalan ' aku dengan muka got no jams tak dapat nak rentap tangan dari yoongi sebab dia pimpin kuat sangat
Pin pin ~
Aku dan yoongi menoleh ke belakang
Haish , dia ni lagi . Apa yang dia nak aku pun tak tau . Dia dah bahagia buat apa nal cari aku heh
Aku berjalan pada kadar yang laju sikit . Malas nak bertembung dengan si dia tu
" hey tunggu lah sayang " dia menarik tangan aku
Hey ! Tangan aku bersih sebelum dia pegang and now dah kotor balik
" apa kau nak ? " aku menjelingnya
" still mad huh ? " jaehwan menundukkan sedikit kepalanya sebab nak bercakap dengan aku
Aku pendek ikut baka yoongi lah ni pft 😑
" dah lah . Aku dah lambat nak pergi sekolah . Sana lah sikit . Kau ingat ni jalan bapak kau ke ? Sana sikit " aku menolaknya
Jaehwan hampir terjatuh namun disambut oleh yoongi . Aku berjalan meninggalkan dua makhluk di situ . Dalam tidak sedar , air mata aku jatuh berjurai-jurai
No one
" bro , tabahlah eh . Jangan risau adik aku tu sebenarnya hati lembut . Senang je sebenarnya nak pujuk . Nanti ok lah dia tu . Kau jangan risau sangat lah . Biasa lah perempuan kan " yoongi menepuk bahu jaehwan
Jaehwan dengan muka redhanya mengangguk seraya naik ke atas motor nya
" taknak tumpang ? " jaehwan mempelawa yoongi
" it's okay . Aku teman chae eun eh . Jumpankat sekolah bro " yoongi tersenyum dan berjalan meninggalkan jaehwan
YOU ARE READING
chatting •jaehwan•
Fanfiction+ status : hiatus + seorang lelaki yang suka dekat seorang perempuan + + seorang perempuan yang hati dingin macam abang dia dicintai oleh lelaki yang happy go lucky + + apa akan terjadi kepada kedua-dua insan ini ? + + lot of cursing +
