NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

004: [challenge] Stay

26 2 1

Sinar matahari yang masuk dari celahan langsir panjang menutupi sliding door itu saja yang ditenung sedari bangun dari lena. Minit bertukar jam, dia masih lagi berkelubung didalam gebar selimut. Hilang dalam fikiran sendiri hingga bunyi vacuum dari tingkat bawah menyentaknya kembali.

Telefon pintar dalam genggaman diletakkan di meja sisi. Dia duduk di birai katil, menghadap cermin meja solek.

Ayat terakhir Anne masih membuatkan dirinya terus dihimpit perasaan.

‘June my bestfriend, would come. No matter what.’
---
“I thought you left him already.” Riak terkejut bercampur prihatin tadi sekelip mata berubah kepada berang. Suara Anne yang menaik tinggi membuatkan orang sekeliling di lapangan terbang ini mengalih pandangan ke arah kami berdua. Lengannya aku tarik supaya mengikut aku ke arah lain.

Sampai ke satu sudut yang lebih tersembunyi, dia merentap kasar lengannya.

“Kau dahjanji. You freaking promise me!

I’m sorry.” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku tatkala ini. Adakah kerana luka dihujung bibir dek lelaki itu atau kehilangan kata?

I give up on you. Aku takboleh tengok orang macam kau terus macam ni.” Matanya bertemu pandang dengan aku sebelum jatuh pada lebam biru dibawah mata yang cuba aku sorokkan dengan shades.

“Anne. Aku sayangkan Lue! Aku sayangkan kau.”

“He’s not that Lue anymore. He’s not your prince charming and you knew it!”

Aku terkesima.

Air mata merembes keluar, laju membasahi pipi. “Aku taktahu.” Tidak peduli betapa berkecamuknya aku kali ini dihadapan dia. Nyata Anne turut terkejut, tidak kira seteruk mana aku dilukakan, takpernah aku begini. Outburst.

“Aku taktahu! Taktahu!”Kaki pun terasa tidak mampu menampung lagi beban membuatkan aku terduduk memeluk lutut.

“Aku taktahu kenapa dengan aku, but I can’t seem to leave him. I need him, Anne . I need him badly. I hate being alone. I even hate the idea.”

Anne duduk melutut, lantas menarik aku dalam pelukannya. Erat, seperti biasa. Cuma kali ini sama-sama diiringi air mata. “I’m here. I told you before, and always.”

Air liur terasa kesat. “Kau pun akan pergi.”

No, I'm not. Aku kat sini. Aku akan teman kau. Aku akan tolong kau.”

[end]

Author's note

Finally, I'm done with the 'Rare Disease Challenge' with Zaa. Lol, takperasan yang aku terlangkau due date which supposed to be last night.

Rare disease yang aku pilih : Aboulomania — paralysis of the will, an unknown mental disorder. People with this disorder do not trust their ability to make decision. They hate being alone. They hate separation and loss. To stay in relationship, they might even go to the extend willingly suffer abuse.

It can severely affect one's ability to function socially and if too extreme, may lead to suicide.

To You: A Collection of Short StoriesRead this story for FREE!