Part 24

5.9K 240 70
                                    

"hai awak" syah duduk di sebelah raisya dan meletakkan kaki nya di dalam kolam renang sama seperti apa yang di lakukan oleh raisya
"hai" jawab raisya sepatah
"masih marah kan saya ke?"
"marah? since when saya marah ni?" soal raisya lembut.
"semalam awak dingin je dengan saya."
"taklah saya cuma taknak rosakkan mood awak je." jawab raisya sambil matanya memandang ke dalam kolam renang.
"hmmm ye lah tu."
"eh betul laa!"
"Dah dah tak payah gaduh gaduh ni mama ada buat pudding syah dan raisya makan eh.mama nak hantar kat kakak yana dan abg rayyan kamu tu."
"Thanks mama" ucap mereka serentak dan mereka mengelap kaki mereka.
"hmmm. sedapnya"mata raisya bersinar sinar.Dia tidak henti henti menyuap pudding ke dalam mulutnya.
"hei hei makan perlahan perlahan .nanti awak tersedak pula."
"Hehehe..sedappppp..awak tak makan ke? rugi tau."
"saya makanlah ni.Saya tengok tadi awak makan banyak and sekarang pun awak makan banyak.awak bela apa dalam badan awak tu?"
"hish awak ni" gaya raisya mengangkat sudu nya seperti ingin memukul syah
"eh sorry sorry." syah memerhati raisya makan pudding dan dalam diam dia memuji kecantikan milik raisya.muka raisya ada iras iras rayyan.mata mereka kelihatan sama.
"Rayyan ,yana mama ada buatkan pudding untuk dessert.kamu berdua makan ok."
"thanks mama "
"kalau ada apa apa cari mama tau.yana tahu kan mama kat mana?"
"Mestilah tahu,mama ada kat mini library mama kan?" teka yana.mama nya hanya membalas dengan anggukan.
"Dah lah mama naik atas dulu.novel mama dah melambai-lambai mama dah tu."

"ermm rayyan awak suka main game tak?"
"Suka tapi jarang main sebab kerja kat office melambak" yana mengangguk dan menyambung kerjanya
mama2 tak habis2 nak baca novel.patutlah yana ni suka baca novel.
"Awak mana tandas?" raisya dengan malu bertanya.
"meh saya tunjuk" syah dan raisya masuk ke dalam .
"Ni awak boleh guna tandas ni" raisya cuba menolak pintu tetapi tidak terbuka.
"Mak temah ada kat dalam ke?" syah mengetuk pintu dengan perlahan.
"Ya kenapa syah? mak temah masih mencuci tandas ni" aduh time ni jugak ke mak temah nak cuci tandas.
"Oh takpa je mak temah.syah guna tandas lain k" syah mengajak raisya naik ke tingkat atas.Ah guna tandas bilik aku je lah.Takpa kan? bukannya aku ikut dia masuk pun.
"Awak guna tandas bilik saya ni.don't worry saya tak masuk pun.Kalau tak percaya awak kunci pintu ni k" syah membuka pintu bilik nya.Dengan teragak agak raisya masuk.
"Saya tunggu awak kat bawah " syah menutup pintu biliknya dan kini tinggal raisya seorang yang berada di dalam bilik syah.Wah kemas nya jauh beza dengan bilik aku.raisya dengan segera masuk ke dalam tandas.setelah selesai raisya keluar dari tandas milik syah dan mata nya tertangkap ke suatu sudut.Terdapat beberapa kotak hadiah tersusun di situ.
Raisya pergi ke sudut itu dan mengambil salah satu kotak lalu membukanya.Oh mesti syah nak buang ni.terdapat beberapa keping gambar syah bersama bella iaitu bekas kekasih syah.Ya Allah kau ni dah kenapa raisya? kenapa kau sentuh barang orang tanpa kebenaran? kalau syah tahu ni confirm dia mengamuk macam hari tu.Raisya meletakkan kotak itu ke tempatnya semula.Dia menuju ke arah meja yang berdekatan dengan katil syah.Oh ini lah kembar syah.Nampak seiras lah.Best kan kalau kembar aku masih hidup.dia meneliti setiap gambar.Eh baik aku turun mesti syah fikir aku ni tersekat kat dalam bilik dia nanti.
"Eh raisya buat apa kat bilik syah?"Mama keluar dari mini library terus menegur raisya.
"Mama.Raisya guna tandas bilik syah tadi sebab mak temah cuci tandas kat bawah tadi." Raisya pergi ke arah Puan Yasmin.
"Oh syah mana?"
"syah kat bawah.mama nak pergi mana?"
"Mama nak pergi jumpa kawan mama kat butik dia."
"Mama take care ok.jap siapa hantar mama?"
"mama drive sendiri lah"
"Take care tau."
"Okay raisya.Mama tahu jaga diri k"Raisya menghantar puan yasmin di depan pintu.
Raisya melambai lambai kepada puan yasmin.Raisya duduk di atas sofa berdekatan dengan sofa ya diduduki syah.
"Dah ?" tanya syah.ish! dia ni dah tahu masih juga nak tanya.
"Dah.Awak tak boring ke asyik duduk kat rumah?"
"tak." jawab syah sepatah.
"Apa yang awak buat kat rumah eh?"
"Jom ikut saya.eh jap saya bagitahu kat kak yana dulu." syah menuju ke arah taman dan berdiri di sebelah kakak nya.
"Kak kerja kakak masih belum siap ke?"
"sikit lagi kenapa?"
"Macam biasa" Syah mengangkat keningnya beberapa kali.Yana tersenyum seperti sudah tahu apa yang berada di fikiran syah.Rayyan dan Raisya berpandangan sesama sendiri.
"tunggu sekejap lagi." syah menuju kearah
kolam renang dan merendam kaki.Raisya pula duduk di sebelah syah.

5 minit kemudian-

"Rayyan awak nak ikut tak?" yana mengemas kertas kertas yang bertaburan di atas meja.
"Pergi mana?"
"Jom ikut saya.barang ni kita letak je kat sini.nanti kita ambil balik"
"okay" ke mana pula yana ni?
"Syah jom." Mereka pergi ke belakang rumah dan terdapat sebuah bilik tapi tidak pasti apa yang terdapat di dalam nya.
"Selamat datang ke bilik rahsia ikayasyah" yana membuka pintu bilik itu dan membuka lampu.Rayyan dan Raisya masuk ke dalam bilik tersebut dan di ikuti dengan syah.
"wah banyak nya permainan ." yana menuju ke salah sebuah permainan iaitu seperti untuk perlumbaan kereta.manakala syah mengajak rayyan pergi ke arah dua buah komputer dan membuka suis komputer tersebut.
"Selalu nya syah main game dengan andrea adik kembar syah tapi andrea jarang balik malaysia."
"jadi lama dah syah tak main?"
"Yup.Abang main lah dengan syah.please hahahaha" syah mengajuk cara yana memujuk.
"eh macam kenal je cara memujuk ni.ni mesti ikut yana kan?"
"hehe" mereka berdua mula bermain tanpa mengendahkan yana dan raisya.

"kak jom lawan" raisya duduk di salah sebuah permainan.terdapat satu stereng di hadapan supaya senang untuk di kendalikan.
"Jom." yana duduk bersebelahan dengan raisya dan memilih warna kereta masing masing.Mereka kedua main dengan gelak ketawa.Mak temah menghidangkan minum petang buat mereka berempat.

"kak first time ada orang kalahkan syah."
syah mengadu dengan yana sambil menyuap pisang goreng ke dalam mulutnya.
"wow.tahniah rayyan.selama ni takda orang yang boleh kalahkan syah." yana menghulurkan cawan kepada rayyan
"Bermakna saya yang first lah ni?" Rayyan menyambut huluran yana.
"yup.sebab tu lah papa belikan permainan lain buat kak yana sebab kak yana pernah menangis sebab saya kalahkan dia"
"Syah!! Kenapa bagitahu depan rayyan dan raisya?"

-TBC
Vote kay💕

Sayang Awak!! Encik Cerewet!! [ SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now