003: Hues of Promise

51 2 4

Didaki satu persatu anak tangga dengan berhati hati. Keadaan yang agak gelap serta jarang dinaiki oleh manusia membuatkan aku fikir seribu kali kalau tidak mahu berguling jatuh kebawah. Sesampai dia anak tangga yang terakhir, langkah dibawa kearah pintu.

Pintu rooftop.

Aku tahu bahaya berada diatas ni; keseorangan pada malam hari.

But, hey! Never did I care.

Sunyi. Bunyi yang ada hanya datang dari serangga berupa cengkerik saja ditengah malam. Ditemani dengan taburan bintang dan cahaya bulan yang terang dah cukup membuatkan tempat ini nampak sempurna biar hanya dimata aku.

Just that kind of place for me.

Mengambil tempat biasa; dibalik tembok menghadap bangunan Blok C. Isi dalam beg dikeluarkan satu persatu, laptop, bungkusan Cloud 9 dan berkotak-kotak Milo. Stok supaya otak mampu bergerak lebih efisien. Konon.

Eh kejap, betul apa?

Pensyarah aku kata, dengan mengambil makanan manis, benda itu akan membantu proses kita berfikir.

Sementara menanti laptop fully operating, dia mendongak ke langit. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan, belakang badan bersandar pada tembok. Mata dah mula mengira bintang-bintang dilangit, dicantumkan satu persatu bintang supaya membentuk sebarang bentuk yang boleh ditafsir.

Tabiat, melarikan fokus dari sesuatu yang menyesakkan kepada alam. Kerana alam ada 'aura' yang mampu melenyapkan segala rasa negatif ke dalam lohong entah dimana.

Duh. Earphone hitam disumbat masuk kedalam earjack laptop. Playlist 'work' dimainkan.

'Time to work!'

Buat seketika dia ralit dengan kerja. Jemari laju saja terus-terusan mencantum aksara-aksara membentuk perkataan. Sesekali cebisan Cloud 9 bersilih ganti memasuki mulut. Kunyah. Menaip. Kunyah lagi. Menaip lagi tanpa henti. Tempat ini ada 'puaka'nya tersendiri, idea turun seperti air terjun yang mengalir setiap kali dia bertapa disini.

"Perlu ke kau lepak sini?" Suara biasa dah muncul. Penganggu tetap bila aku duduk sini. Rajin sungguh manusia ni datang menjenguh keatas blok bangunan usang ni. Macam tahu-tahu bila masa kaki aku akan menjejak ke ruang terbuka ini.

"Kalau kena tangkap dekat sini, sia-sia je tahu tak?!" Bebel. Tak. Berhenti.

Sebelah earphone aku ditarik selamba. Lepas tu, boleh buat pose 'flower' dengan memposisikan kedua belah tangannya dibawah dagu.

"Ei Cloud 9! Nak satu." Laju sahaja secebis coklat itu diselup keluar dari beg aku. Mungkin someone boleh bagitau aku attention-span dia ni berapa saat?

Dan macam biasa tanpa dijemput, dia mengambil tempat disebelahku. Badan kecilnya diabaluti dengan sweater ber-hood kelabu, berseluar merah jambu bunga bunga kecil. Seluar tidur barangkali.

"Banyak gila bintang malam ni." Dia mula mengomel seorang diri, sudah selesa bersila diatas kerusi disebelah. Jangan tanya macam mana boleh ada kerusi disitu tiba-tiba.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Jodoh membawa saya ke sini." (baca: group discussion) Kod biasa dia untuk menyakat. Dibawah rooftop ni ada satu bilik besar yang kebiasaanya menjadi port untuk perjumpaan. Bestnya mungkin hanya disebabkan bilik itu ada pendingin hawa yang berfungsi dan tingkap besar menghala ke arah lapangan langit. Takseperti rooftop yang hanya ditemani bayu malam lembut meniup.

To You: A Collection of Short StoriesRead this story for FREE!