Yeolnet -14-

13.2K 864 52


🔫Revenge🔨



**********

" DIA ni kan yang kena rasuk dengan makhluk halus masa dekat kem minggu lepas?"

" Haah aku pun dengar benda sama gak. Jangan dekat dengan dia doh. Kang tak pasal-pasal kena rasuk sekali."

Aryana yang beriringan dengan Rin untuk ke kantin berhenti jalan apabila melintasi budak yang dok cakap-cakap pasal dia tu. Dia senyum sinis. Jalan ke arah mereka.

" Pembetulan. Aku tak kena rasuk tapi ternampak. Nak buat macam mana dah dengan izin Allah aku boleh nampak. Tak ada sape boleh halang. Kau boleh?"

Dia geleng.

" So, lain kali kalau nak cakap tu, biar cerita sahih. Kalau betul-betul aku kena rasuk dah lama aku suruh jin-jin dalam badan aku ni rasuk kau. Next time be careful with your word. Jin aku sentiasa memerhatikan kau."

Ayat last tak leh blah. Saje nak takut-takutkan. Mengada nak ngumpat orang. Kalau dapat pahala tak apa lah jugak tapi ini sebaliknya. Rin yang memerhati hanya diam tak berkutik.

Seminggu aku bercuti sejak kejadian hari tu dan hari ni aku sudah mula bersekolah.

++++++

Sampai sahaja di kantin aku tergelak bersama Rin.

Kami mengambil tempat. Tempat biasa kita orang. Ada kak Hasya seorang sahaja. Pelik. Yang lain mana?

Rin buat isyarat nak membeli. Aku hanya mengangguk. Kerusi ditarik.

Aku pandang kak Hasya. Dia diam menguis makanan. Dah kenapa ni?

" Mana yang lain?" seperti baru tersedar kak Hasya mengangkat muka.

" Ah..apa dia?"

" Diorang yang lain mana?"

" Erk...kalau akak kasi tau ni jangan terkejut ehh."

Okey. Gerak bibir tanpa bunyi suara.

" Kena panggil dengan pengetua."

Mata aku membulat.

" Kenapa?"

" Haah kenapa?" Rin yang baru tiba sambil memegang sepinggan nasi goreng turut terkejut.

"Terkantoi bawak barang larangan. Boleh pulak tu  tadi handphone diorang bertiga berbunyi serentak masa tengah belajar. " bersungguh kak Hasya cerita.

Aku dengan Rin dah terkejut. 

" Akak punya?"

" Huish itu yang rasa bersyukur sangat tu. Pagi tadi tergerak hati nak keluarkan fail dari dalam beg. Maybe terjatuh dekat dalam bilik. Korang dua?"

" Sama jugak. Tertinggal dalam bilik." huish memang bernasib baik betul.

" Pengumuman kepada semua murid spot check besar besar-besaran akan dilakukan. Jadi kepada semua pelajar yang berada di dalam kelas sila keluar sekarang dan kepada semua pelajar yang berada di luar kelas pula sila pastikan anda berada jauh daripada kelas. Pengumuman terakhir, kepada semua pengawas form 4 dan form 5  sila bergerak untuk melakukan spot check. Arahan tegas daripada pengetua. Sekian Terima kasih." suara kak Kaiyra memenuhi ruang sekolah.

Princess School ✔Read this story for FREE!