Entri 3 - Drama

32.4K 281 52

Ella buka mata yang terlalu berat. Kalau ikutkan hati, dia mahu terus tidur. Tapi, suasana sunyi di sekitarnya mengetuk tanda tanya di akalnya. Walau mata terkatup rapat, dia rasa aneh sungguh. Tiada bunyi dengkuran kecil yang mengusik lenanya dan kekadang membuatnya tenang seperti selalu. Ella gerakkan tangan, merayap ke dada tilam yang kosong.

Mana Aazad?

Saat itu juga, adegan semalam menari-nari dalam kotak memorinya itu. Dia cuba menyusun sekeping demi sekeping agar tiada yang tertinggal. Kerana sepanjang perkahwinannya, belum pernah lagi Aazad menghilang selepas menyetubuhinya semalaman. Belum pernah dibuat Aazad menghilang sebegitu rupa.

Ella tegakkan badan dan melitari sekitar bilik yang sunyi. Memang benar, Aazad tiada di situ. Buat pertama kalinya, dia ditinggalkan seorang diri. Sampai hati, Aazad. Sekeping hati Ella diundang pilu. Namun, dia cekalkan hati. Untuk apa menangis lagi? Hanya beberapa hari sahaja sejarah hitam itu akan berakhir. Hanya beberapa detik sahaja yang harus ditempuhi Ella.

Perlahan-lahan, Ella bangkit. Dia baluti diri dengan selimut sampai kaki dihayun penuh azam ke bilik air. Dia nekad selepas mandi nanti, langkah pertama akan bermula. Langkah untuk meninggalkan Aazad selamanya.

*****

Ella terhenti menuruni anak tangga apabila suara itu merayap ke pendengarannya. Serentak itu, Ella kerling jam di tangan kiri. Masih terlalu awal. Kenapa dia datang ke sini pagi-pagi begini?

"Good morning, Ella." Empunya suara sudah terpacak di hujung tangga. Ella tarik muka. Amarahnya belum padam. Kata-kata Aazad masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Ah, Ella dah bangun pun. Cepat mari sini. Mak nak bincang tentang majlis wedding anniversary Ella dan Aazad minggu depan. Ayuh turun cepat. Mak dah tak sabar." Mak mertua Ella muncul di sisi gadis itu. Ella tiada pilihan. Senyuman palsu dilayangkan kepada gadis yang telah beredar ke sudut ruang tamu bersama mak mertua Ella. Ella menyambung langkah dengan hati yang memberontak keras.

"Aunty nak Suzy uruskan majlis ni dan buat acara special untuk Ella dan Aazad."

"Aunty ada suggestion?"

"How about couple dance?"

"Terlalu klise. Dah banyak dibuat orang."

"Buat persandingan sekali lagi dengan gaun pengantin."

"Boring."

Okey, siapa sebenarnya yang nak sambut wedding anniversary ni? Well, tak perlu susah-payah nak protes, Ella. Kau takkan ada di sini semasa majlis sambutan anniversary tu nanti.

"Couple vows and quiz?"

"Aazad mesti tak suka. Sebab lelaki susah nak jawab kalau you tanya dia apa makanan favourite pun." Suzi jungkit-jungkitkan kening.

"Why not you suggest anything? You kan expert dalam wedding anniversary. Kalau tak, masakan mak nak pilih you untuk uruskan anniversary kami." Ella cuba memancing.

"What do you want?"

I want divorce. Tamatkan kontrak bodoh ni serta-merta. Tapi, kalau ada ruang untuk menyakitkan hati Suzy, Ella mahu melakukan itu. Walau hanya secebis pun. Walau tidak melegakan sekeping hati Ella. Dia tak kisah lagi.

"I sukakan yang romantik. Apa kata kita buat drama live?"

Berkerut dahi Suzi dan mak mertua Ella.

"Drama? Siapa nak buat drama ni?" seorang wanita berbadan dua tiba-tiba menyampuk di belakang.

"Ella nak Suzy arrange drama pentas sempena wedding anniversary."

"Wow! I like that. Very challenging." Boleh dibayangkan reaksi Aazad. Suraya yang berbadan dua lebih tertarik berbanding mak mertua Ella.

"Of course. Hanya orang yang layak sahaja boleh menyahut cabaran ini." Ella sengaja menyindir. Kalau hatinya terbakar, biar api kebakaran itu boleh merentungkan orang lain juga. Tapi Suzi tidak mengerti. Atau sengaja buat-buat bodoh selama ini.

Suzi leretkan senyuman sinis. "Of course. It's your function. You can request anything you want. But, Aazad sanggup ke?"

Suraya ambil tempat duduk di sebelah Ella. "Watak Aazad, boleh bagi sikit scene saja. Yang penting heroin dan villain. I suka sangat. Siapa nak jadi orang ketiga tu."

"Suzi!" Ella pantas beri nama. Wajahnya berseri-seri.

Suzi telan air liur. Wajah menjadi kelat. Suraya mengemam bibir, menahan reaksinya.

"Why me? I akan sibuk malam tu nanti. I kena arrange kek, bunga, makanan..."

"Atau you sebenarnya takut nak menyahut cabaran I?"

Suzi yang tercabar, berdiri mendepani Ella. Hanya orang yang tak faham apa yang terjadi sebenarnya tidak melihat bebola api yang silang-menyilang di antara kedua-dua perempuan itu.

"Come on, Ella. You tahu I akan menang walau tak bertanding pun."

Kata-kata itu sangat berbisa. Pedihnya menusuk ke dalam hati Ella. Malahan, senyuman sinis Suzy dengan maksud tersirat itu bagaikan racun yang terpaksa ditelan.

"So, kita dah ada pelakon yang lengkap. Skrip I akan sediakan. You hanya perlu lafazkan dialog yang I tulis. Karekter you dah ada."

Suraya tidak dapat menahan senyumannya. Suzi boleh bayangkan skrip yang bakal ditulis oleh Ella.

Mak mertua yang diam sejak tadi tiba-tiba mencelah. "Boleh tak mak bagi suggestion plot-plot yang akan lebih dramatik?"

"Boleh. Apa yang mak fikirkan?"

"Watak Suzi yang garang, perampas dan sarkastik." Suasana senyap seketika. Sebelum tawa berhamburan dari semua orang.

Muka Suzi kemerah-merahan. Dia akan buat pembalasan sekejapan sahaja lagi. Ella akan terima balasan. "Of course. I akan membawakan watak tu dengan penuh penghayatan."

Kali ini, Ella tak sedap hati. Apa rencana Suzi pula ni?

"Good. Mak suka sangat. Tak pernah tengok muka Suzi yang garang. Tak macam Suraya. Di luar rumah pun dah boleh dengar suaranya."

Malang sunggh nasib Hamida. Dia tak tahu karekter sebenar anak saudaranya itu. Ini kerana Suzi pandai berpura-pura. Sebab itu, Ella yakin Suzi patut jadi pelakon. Pasti dia akan popular dan memang anugerah dengan mudah.

Seperti Hamida, Aazadjuga terpedaya.

CINTA OH CINTARead this story for FREE!