• 15

1.6K 147 60
                                    

***

30 September 2008

"Yahhh pendek! Aku dengar kau masih minum susu dalam botol dekat rumah"

"Yah dia memang anak manja"

"Bapa dia dengan mak dia mesti menyesal lahirkan anak macam dia"

"Kau boleh pergi mati , semua orang tak suka kau"

Mereka yang berdiri di sekeliling Jimin ketawa saat kata kata cacian itu dihamburkan kearah Jimin .

Jimin pula hanya tunduk memandang kasutnya. Air mata yang mengalir dikesat menggunakan ibu jarinya , teresak esak dia menangis saat seorang pelajar perempuan yang lebih tinggi daripada menolak kepalanya bersilih ganti . Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan .

Inilah kehidupan Park Jimin. Setiap hari dirinya dihina , dicaci dan dimaki. Tiada siapa pun yang muncul , membela nasibnya kecuali seorang.

Kim Kyumi.

"Yahhh tak guna korang ni! Tinggalkan Jimin!"

Kyumi menjerit saat dia melangkah masuk ke dalam kelas gred 4 itu.

"Kyumi ah , macam mana kau boleh berkawan dengan budak teruk ni ? Kau tak geli ke ?"

Seorang pelajar lelaki menolak dada Jimin sehingga dia terduduk di atas lantai , Semakin kuat esakan Jimin .

Mencerlung mata Kyumi memandang pelajar yang menolak kawan baiknya itu.

"Aku akan laporkan dekat cikgu apa yang kau buat ni kalau kau usik Jimin lagi!"

Kyumi terus mencengkam kolar baju pelajar lelaki itu . Pelajar lelaki itu hanya tersenyum sinis sebelum menarik tangan Kyumi melepaskan kolar bajunya.

"Aku takkan pernah berhenti kacau anjing ni kalau kau tak wujud Kyumi"

Semua pelajar yang berkumpul tadi sudah pun beredar ke tempat masing masing saat cikgu matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas.

Pelajar lelaki tadi pun sudah beredar , dia tersenyum sinis kearah Jimin sebelum dia duduk di tempatnya.

"Jimin , gwenchanna?"

Kyumi terus kearah Jimin yang berada di belakang kelas , masih duduk dan menangis.

"Terima kasih Kyumi"

12 November 2008

"Okay semua pelajar , siapkan tugasan kamu . Tahun depan merupakan tahun terakhir kamu di Sekolah rendah sebelum kamu melangkah masuk ke sekolah tinggi . Pastikan kamu siapkan kerja rumah untuk memperoleh gred yang baik UPSR nanti"

Puan Gong , Guru kelas Gred 5 Ceria terus berdiri dari kerusinya menunggu ketua kelas untuk mengucapkan terima kasih.

"Bangun!!"

Kata ketua kelas 5 ceria lantang. Semua pelajar bangun turut bangun seiring dengan arahan ketua kelas.

Jimin pula masih duduk , kakinya pula dihentak kuat cuba untuk bangun namun tidak berjaya.

"Park Jimin kenapa tak bangun?"

Soal Puan Gong sambil memandang Jimin di sudut kelas , dia sedikit terpinggir daripada pelajar yang lain.

"Bangun la Jimin!"

"Pendek kau tak reti hormat cikgu ke?"

"Boo biadap!"

"BOOO!"

Satu kelas mula mengecam Jimin. Jimin hanya tunduk sebelum berdiri dengan kerusi plastik yang melekat di punggungnya.

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now