• 12

1.3K 152 36
                                    

Kyumi POV

Terasa seperti sinaran mentari menyinari wajahku , Aku terus membuka mata perlahan lahan . Aku lihat Park Jimin sedang menolak langsir ke tepi .

Aku terus duduk di atas katil aku . Tak guna punya Jimin , pagi pagi dah kacau aku tidur.

"Yah Jimin! kenapa kau buka langsir pagi-pagi buta ni . Aku nak tidur"

Aku menggaru kepala aku menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri aku pula asyik menenyeh mata membasmi segala karat taik mata yang terdapat di mata bundar aku ini.

Jimin hanya buat bodoh sambil kembali ke tempat tidurnya. Baju tak berlengan yang menyerlahkan lengannya yang berotot itu nampak seksi apabila ada titisan peluh yang mengalir dari leher turun ke lengan . Nampaknya Jimin baru balik daripada berjogging .

Aku menelan air liur. Goshhh! He-Is-So-Hot

Aku teringat akan kejadian semalam . Siapa yang tak sakit hati kan? Aku harapkan Jimin selamatkan aku daripada Jeon Jungkook , memang awkward gila keadaan kami . Aku tak mampu tahan emosi marah aku apabila Jimin sesuka hati tuduh aku suka bercakap dengan Jungkook . Dia tak faham betapa aku hampir menangis saat dia pergi macam tu je tanpa tolong aku , aku rasa macam dia tak guna sangat even sekarang pun dia tak guna sebab ganggu keamanan aku tidur.

Jungkook ajak aku dating .

I mean

Dia ajak aku lunch dengan dia hari ni , katanya ada sesuatu yang dia perlu selesaikan dengan aku . Jungkook cakap hubungan kami tak berakhir dengan sempurna dan ada sesuatu dia nak cakap .

Sebenarnya aku curious juga benda apa nak dibicarakan tapi...

Aku takut jatuh cinta semula terhadap Jeon Jungkook jika aku masih berjumpa dengan dia.

Ah! aku tak boleh biarkan itu terjadi .

Aku lihat Jimin sudah pun siap untuk ke kelasnya. Dia jeling aku sebelum capai beg galasnya dan terus keluar . Nampaknya dia masih marah pasal semalam .

Aku terus bangun , aku keluar ke koridor untuk meregangkan badan .

"Hiyarghhhhh"

Aku menjerit sambil mengeliat , Nikmatnya tak terkata.

Tiba-tiba manusia yang biliknya bertentangan dengan aku keluar.

Jeon Jungkook!

Aku terus duduk , menyorok di sebalik bangku rehat yang diletakkan Jimin disitu. Aku mengendap Jungkook . Dia sedang bercakap di telefon , Shirtless!

Aku menggigit bibir . Cantiknya bentuk badan dia. Ya , badan itulah yang selalu aku peluk dahulu , Dada itulah yang selalu aku sandarkan kepala , bau badan itulah yang aku cakap wangi dulu . Aku rindu belaian seorang lelaki . K agak gatal tapi well aku rindu belaian dia .

Jungkook selesai bercakap di telefon . Aku tengok dia letakkan tangannya di dada dan dia sebut:

"Kim Kyumi"

wait! what?!

Kim Kyumi? Aku? Tapi kenapa .

Tak, aku perasan je tu. Aku terus tampar pipi aku , mungkin sebab aku fikirkan dia tadi jadi aku perasan . Mata aku tipu untuk senangkan hati aku yang mudah tertipu . Aku gelengkan kepala aku dua kali sebelum cepat cepat aku masuk ke dalam dorm untuk mandi dan bersiap siap ke kolej .

###

"Media merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada sasarannya. Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, mentafsir, dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas"

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now