*BTS SUGA*

243 16 0

Aku jatuh terduduk sebaik sahaja lelaki di hadapanku ini menyepak betisku.Aku menyeringai kesakitan.Saban hari,aku dibuli oleh 7 lelaki bersaudara ini.Kenapa nasibku begitu malang?

"Cukup-cukuplah membuli aku.Aku tak pernah pun kacau korang semua," Aku memandang mereka yang tidak berhati perut.

Selama 2 tahun aku bersekolah disini,tak pernah sehari aku tak dibuli mereka.Hari-hari diri ini menjadi bahan mainan mereka.

Belum reda bulian si Kingka datang pula bulian si Queenka.Sudah nasibku agaknya menjadi bahan mainan orang kaya yang tak berhati perut.Kalau tak memikirkan Omma yang sara aku seorang diri sejak kematian Appa dah lama aku berhenti sekolah.

"Berhenti buli kau? Sorry not sorry but you are our toy," Rapmon,ketua Bts membalas sambil disambut hilai tawa ahli Bangtan Sonyeodan yang lain.Selepas membalas dengan kata-kata yang menyakitkan itu,mereka meninggalkan aku.

Setahun je lagi Park Mya.Sabar... Ingat Omma kau Mya!

-------

"Kenapa kau selalu dapat perhatian dari Bangtan Sonyeodan?Aku langsung tidak dihiraunya tetapi kau setiap hari dapat bertentang mata dengan Oppa kesayangan aku.Hidup ini langsung tidak adil!" Hyera,Queenka di sekolah ini menghantukku di dinding.

Hidup ini tak adil? Aku tak tahu sejauh mana rabun dan butanya mata perempuan ini.Aku yang lagi berhak mengeluarkan kata-kata itu.Betul kata Jae Hyo,orang selalu nampak kesusahan dia saja tetapi kesusahan orang lain disalah ertikan.

Jae Hyo,aku rindu kau.Jae Hyo,satu-satunya kawan baik yang aku ada sejak bersekolah disini tetapi akibat tidak tahan dengan bulian makhluk-makhluk yang tidak berperikemanusiaan dan berhati perut ini,dia membunuh diri di rooftop sekolah setahun yang lalu di hadapan mataku sendiri dan aku masih trauma dengan perkara tersebut.

"Kau tu yang buta.Aku dibuli oleh mereka tetapi ini pula balasan yang aku dapat sebab dibuli oleh BTS.Balasan apa ini!" Aku meninggikan suaraku dan menolak badannya lalu berlalu pergi.Tak sanggup aku nak menghadap benda ini lagi.

"Aku takut yang kau berkemungkinan jatuh cinta dengan mereka sebab dalam drama selalu terjadi perkara tersebut," Jawab Hyera ketika aku berjalan pergi darinya.Jatuh cinta?Kau ingat manusia semudah itu untuk jatuh cinta.Kau silap Hyera.Jangan tertipu dengan kehidupan drama.Itu semua tipu dan lakonan.

Aku harus kuat untuk menjalani sisa kehidupan aku di sekolah ini.Aku harus bangkit dan melawan mereka semula.

----

Hari ini aku berasa sedikit gembira kerana geng queenka dan kingka tidak mengangguku.Hari seperti ini sepatutnya diraikan.

Aku ke cafe sekolah dan membeli sekeping kek red velvet yang ditabur dengan coklat putih yang diparut.Coklat kegemaran aku.

Aku membawa kek itu untuk dimakan di rooftop sekolah,tempat kegemaran aku dengan Jae Hyo juga tempat Jae Hyo membunuh dirinya.

Aku melabuhkan punggungku di sebuah bangku yang terletak di dinding yang menghadap pemandangan bandar Seoul.Aku dengan Jae Hyo pernah balik pada pukul 1 pagi semata-mata mahu melihat pemandangan bandar Seoul pada waktu malam dari  sekolah.Ianya sungguh cantik.

Tanpa sedar,butir-butir mutiara jernih mula menuruni pipiku.Aku rindukan Jae Hyo.

"JAE HYO!" Aku menjerit sekuat hatiku.Aku ingin Jae Hyo tahu yang aku sangat rindukannya.

"Kenapa kau tinggalkan aku !"

"Kenapa kau pergi tanpa meminta izin denganku!"

Bunyi benda bergeser di lantai membuatkan aku memberhentikan sesi luahan perasaan kepada Jae Hyo.

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!