Part 10

4.8K 156 0
                                    

"Morning pengantin baru." Haish pagi² dah kena perli kat abang Emir

"Morning." Jawab aku manakala Hisyam hanya senyum

"Duduk Hisyam . Ambil jer nak apa , jangan malu² tau." Kata abah

"Rina! Ya Allah bertuah punya budak . Tanya la suami nak makan apa." Marah umi

"Eh lupa la pulak. Hihihi. Abang nak apa?" Tanyaku memandangkan makanan banyak yang terhidang atas meja

"Bagi abang mee goreng la." Terus aku mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan

"Apa plan kamu lepas ni Hisyam?"

"Maksud abah ?"

"Ada nak bawa Rina ni kemana² ke?"

"Ohh yang tu. Ada. Ingat nak bawa pergi Cameron."

"Bagusla. Bercuti la puas² sebelum masing² busy kejap lagi." Celah umi

"Balik tu Abang Emir tak nak strawberry tapi nak anak buah eh."

"Uhuk²." Tersedak aku dibuatnya

"Ish kamu ni Emir. Tak habis² nak menyakat adik kamu." Bebel umi tapi untuk abang Emir, padan muka.

"Eh patutnya dengan umur Emir ni kena bagi 2 orang cucu dah kat abah."

Hahahah ambik kau. Sekarang abah pula menyakat Abang Emir.

Abang Emir menunjukkan reaksi muka tak puas hati. Aku apa lagi ketawa la. Hisyam dan umi hanya tersenyum.

Selepas makan, kami berdua duduk dalam bilik sambil tengok cerita. Yang tak tahannya Hisyam boleh pula baringkan kepalanya atas riba aku. Tapi aku suka.

"Abang tak cakap pun kat Rina kita nak bercuti kat Cameron." Kataku sambil mengelus rambutnya

"Bukan bercuti la sayang. Tapi honeymoon okey." Bercakap dengan aku tapi tengok cerita. Ish tiada eyes contact langsung.

"Pahtu balik rumah mama bila?" Tanyaku memandangkan Hisyam ada berkata dia hendak bawa aku pulang

"Sayang abang ada 2 minggu cuti tau. Harini baru hari keempat cuti abang. Berbaki 10 hari lagi tau tak?"

"Berapa hari kita pergi?"

"Seminggu."

"Yeayy! Tak sabarnya nak pergi jalan²."

"Eh abang tak kata pun kita pergi jalan². Nanti kat sana kita duk dalam bilik jer."

Jap apa maksud dia tu? Asal pipi rasa panas semacam jer?

"Eh sayang abang blushing la. Hahahah." Kata Hisyam lalu mencubit pipi ku



"Nanti sampai , jangan lupa call." Pesan umi

"Drive elok² Syam. Kalau mengantuk berhenti jer tepi jalan ataupun suruh si Rina ni drive." Abah juga turut memesan

"Baikla umi abah. Syam pergi dulu." Hisyam menyalami tangan abah dituruti umi , begitu juga dengan aku

Kereta meluncur laju pergi meninggalkan perkarangan rumah abah.

"Kalau nampak petronas berhentila. Rina ingat nak beli makanan. Bolehkan , abang?" Tanyaku

"Anything for you , sayang. Lagipun memang abang nak berhenti pun. Nak isi minyak." Dia memandangku sekilas sebelum kembali memandang jalan raya

Kami berhenti di petronas seperti dikatakan tadi. Saat aku keluar untuk pergi membeli barang, tiba² Hisyam menarik aku. Kad atm nya diletakkan ditangan aku. Okey inikah perasaannya ada suami, jimat duit aku.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now