Bab 19

1.5K 125 8

Nana P.O.V

Pagi ini aku hanya berjalan-jalan di sekitar bandar seoul. Memandangka hari ini cuti sekolah mesti bosan kalau duduk dekat rumah aje.

Sebab apa aku tak ajak geng aku keluar sekali? Sebab mamat mamat beruk tu mesti terpukang punya atas katil iya la lagipun jam baru saja pukul 8:30 pagi, sedap gila kalau membuta ni tapi sorry lah aku kalau dah bangun awal mata ni takkan tertutup balik. Hebat tak aku ? Haha.

Kriing!

Aku melangkah masuk ke sebuah kedai serbaneka. Cup ramen, sepeket kimchi dan sebotol banana uyu aku capai lalu menuju ke kaunter bayaran.

" 50000 won... "

" Dae gomawo... " Ujarku lalu menuju ke bahagian pemanas air untuk memasak ramen.

" Wah,mashitta! " Aku menepuk tangan gaya anak kecil saat melihat ramen itu berasap. Haih,nasib baiklah orang tak ramai dekat sini kalau tak jatuh maruah kau!

" Slurp,slurp,slurp. Huish! cuwet cople tu, slurp! " Ujarku sambil menyumbat ramen ke dalam mulut. Haish,tak senonoh betullah anak dara sorang ni.

" Ehh kejap! " Aku meletakkan ramen ke tepi. Mulut aku kesat kasar manakala mata dikecilkan untuk melihat wajah perempuan itu melalui cermin kedai tersebut.

" Hanabi-sshi?! Jilake punya perempuan, pagi pagi macam ni kau boleh berpeluk-peluk sakan dengan jantan lain? Haish, nak aje aku ganyang muka kau yang flowless tu bangang " Bebelku sambil bangun dan melangkah keluar dari kedai serbaneka itu.

Ahh, takde mood aku nak makan sambil tonton tayangan tragis tu. Buat kotor mata aje! Aku segera menuju ke train bawah tanah lalu menaiki eskalator sambil mulutku tak habis habis menyumpah seranah Hanabi.

" Eh,Sehun? " Nama itu terpacul dari mulutku saat melihat lelak itu ingin menuruni eskalator.

" Dia nak pergi sana so kemungkinan besar dia akan nampak Hanabi dengan lelaki tak guna tu hug and then dia akan sedih. Andwae! Sehun aku tak boleh sedih! Baik aku halang dia sebelum benda yang tak diingini berlaku "

Aku segera berlari menuju ke eskalator yang dituruni Sehun lalu menghadangnya daripada menuruni ke bawah.

" Nana? kau buat apa kat sini? Kah! " Mata Sehun mencerlung memandangku. Marah rasanya sebab halang dia.

" No! Awak tak boleh turun ke sana! " Lawan aku sambil mendepakan tangan. Nasib baiklah orang takde sangat dekat sini kalau tak korang tengoklah drama 10sen kita orang ni.

" Apa masalah kau ni,Nana?! Blahlah aku nak cepat ni! " Rungut Sehun sambil cuba menolak badanku ketepi. Namun aku mengeraskan badan, kalau perlu sampai mati pun aku takkan bagi kau turun dan tengok benda bodoh tu Oh Sehun!

" Woi, perempuan! Apa masalah kau hah?! Ingat ni eskalator mak bapak kau ke?! Blahlah sebelum aku tampar kau!! " Ugut Sehun dan bahasa kasarnya pun dah keluar.

" Never and ever! Saya tak nak awak terluka! " Bentakku.

Sehun bengang.

Tanpa sedar tangannya menolak tubuhku sehingga aku tidak dapat mengimbangi tubuh badan aku ini.

Dan dalam sekelip mata saja tubuh aku melayang jatuh ke bawah dari tangga pertama eskalator hingga ke bawah.

" Errgh... " Aku mengerang kesakitan. Darah membuak-buak keluar dari kepalaku yang mula berpinar.

[C] Hello, Ice Prince! ▪Sehun Fanfic▪Read this story for FREE!