• 10

1.5K 167 16
                                    

Kyumi POV


10 minit

20 minit

30 minit

Sudah 30 minit aku berseorangan dalam bilik ni selepas Jimin keluar tadi . Pelik , kenapa tiba-tiba dia keluar . Aku baru je rasa nikmat sebab urutan dia . Aku tersenyum , tak sangka dia caring juga pasal aku. Senggugut aku juga dah hilang.

Sweater kelabu aku terus aku capai dan aku keluar dari dorm . Berniat nak ambil angin , bosan pulak alone dalam bilik ni . Lagipun kawan-kawan aku semua tinggal di blok sebelah .

Telefon aku capai dan aplikasi Kakaotalk aku buka.

Kyum: Dal , kau datang blok dorm aku kejap ^^

Sent.

Dal: Aku busy buat assignment
-_- Sorry

What the hell! Aku bosan kut takde kawan ni , alaaa time ni la pulak takde member lepak.

Kyum: Tapi aku bosan ㅠㅠ

Sent.

Dal: Datang lepak sini , roomate aku takde.

Aku tersengih. Baguslah roomate dia yang poyo tu takde . Roomate si Dal tu namanya Chia , gadis cina . Dia tu 24/7 belajar je , asal nak happy sikit dia tegur . Eh memang la belajar tu penting tapi agak agak ah kau sampai nak tengok Running Man pun dia tak bagi . Kepoh gila!

Aku terus mengunci pintu dorm dan terus reply chat Dal.

Kyum: 5 minutes!

Sent.

Aku terus memasuki lif . Turun ke ground floor untuk pergi ke hallway yang menghubungkan blok A dan blok B .

Ting!

Pintu lif terbuka. Aku nampak warden sedang berdiri di pintu masuk utama hostel .

"Annyeonghaseyo Puan Gil"

Tegurku.

Dia hanya mengangguk sambil berjalan dekat kearah ku.

"Nak ke mana? Sekarang sudah lebih dari pukul 11.35 malam ni . Tak ada sesiapa yang dibenarkan keluar lagi selepas pukul 11"

"Ahh aniyaa , saya tak keluar . Saya nak pergi jumpa kawan saya di blok sebelah je"

Aku memberi penjelasan. Puan Gil mengangguk kepalanya , aku tersenyum dan mula untuk melangkah ke Blok B , tiba tiba nama aku dipanggil lagi.

"Cik Kim Kyumi"

Aku toleh.

"Park Jimin dah balik?"

Aku menggeleng.

"Belum lagi Puan"

Dia menggeleng kepalanya.

"Tolong hubungi dia , Saya akan tutup pintu utama ni pukul 12 tepat"

Aku mengangguk dan beredar.

Nak call Jimin? Aku mana ada number dia . Well even dan hampir sebulan tinggal sebilik aku takde masa nak berborak dengan dia . Exchange number telefon semua , lagipun dia tak pernah nak minta . Dia buat hal dia , aku buat hal aku .

Katalk!

Hah , bunyi katak tu maksudnya adalah manusia chat aku.

Dal: Shaiton! mana kau! kau tak sampai dalam masa 2 minit aku kunci pintu bilik aku! Budak kepoh tu dah balik , dia suruh tidur awal! SEMAK K!

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now