Bab 14

1.5K 116 17

" The person is....HANABI-SSHI! " Ujar Sehun bersama senyuman.

Para tetamu memberi tepukan gemuruh saat melihat Hanabi menuju ke atas pentas.

" Kami dah rancang nak bertunang hujung bulan ni so saya harap korang semua dapat hadir. Kamsamnida! " Sehun menunduk hormat bersama Hamabi. Mereka tersenyum bahagia.

■■■

Pada saat itu Nana merasakan dunia sudah tunggang terbalik. Adakah ini yang dikatakan good news oleh Hanabi? Ya tuhan, adakah aku tengah bermimpi ? Kalau betul sedarkanlah aku ya tuhan,jebal!

" YAH OH SEHUN, michasoe?! " Tengking Suho sebaik sahaja pasangan tersebut turun dari pentas.

" Emm, Hanabi awak pergi dulu okay? Saya ada urusan kejap dengan dorang..." Bisik Sehun. Gadis itu mengangguk sebelum pergi dari situ, sempat  dia menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepada Nana yang berada di kalangan mereka itu.

" Let's me explain first! "

" Kau nak explain apa lagi hah?! Sampai hati kau curang dengan Nana? Apa kurang dia daripada perempuan celaka tu?! " Tengking Suho. Merah muka dia menahan amarah yang teramat.

" Hei! Kau jaga mulut tu sikit Suho, Hanabi tu bakal bini aku! " Balas Sehun.Mata mereka bertentangan. Suho tersenyum sinis.

" Bakal bini kau? Huh, aku tak sangka yang kawan aku rupanya macam ni. Dulu beria sangat kata sayanglah, cintalah, apalah tapi sekarang tengok perempuan dahi licin sikit dah pandai curang! Aku tak kira, aku nak kau putuskan hubungan kau dengan perempuan celaka tu kalau tak kau tahulah nasib kau nanti! " Suho memegang kolar baju Sehun. Sehun juga turut membalas.

" Hei Suho! Kau takde hak nak tentukan hidup aku okay? Suka hati mak bapak aku lah nak suka dengan sapa ke nak kahwin dengan sapa ke, none your business ! Lagipun aku dah muaklah dengan Nana! "

" Sial kau! "

" Enough!!! " Tengking Nana kuat. Mukanya memerah menahan marah. Tangan Suho yang ingin menumbuk wajah Sehun segera direntapnya. Dia tidak sanggup melihat orang yang dicintai terluka walaupun hati dia sakit diperlakukan.

" Kau kenapa Nana halang aku?! "

" Jangan! Kalau ini yang buat dia bahagia aku terima... " Mata Nana mula berkaca.

Kini 12 pasang mata memandangnya. Wajah Sehun penuh dengan kejutan ketika itu, dia sangkakan bahawa Nana akan mengamuk namun jangkaannya meleset teruk.

" Sehunnie saengil chukae, nah! hadiah untuk awak. Walau apa pun keputusan awak saya terima. Thanks for being my love selama ini.." Nana tersenyum pahit dia menghulurkan beg kertas itu kepada Sehun.

" Anyeong.... " Sebaik saja berkata begitu Nana terus berlari dari situ. Dia tidak sanggup mahu berlama-lama dengan Sehun takut air matanya jatuh. Dia bukan perempuan lemah.

Menjatuhkan air mata untuk perkara remeh sebegini.

Namun baru setengah kerat jalan Nana berlari keluar dari rumah Sehun, air mata merembes keluar. Dia menangis tersedu-sedan.

Dum! Dum! Dum!

Guruh mula kedengaran dan serentak itu gerimis mula turun bagaikan menangisi nasib Nana.

" Omma,appa,saeng kenapa nasib Nana selalu malang..." Ujarnya sambil mendongak ke langit. Hujan semakin lebat namun Nana masih berdiri tegak di situ. Tidak berganjak sedikit walaupun tubuhnya sudah mengeletar dan lencun. Bibirnya mula kebiruan.

" Nana sayang Sehun sangat sangat tapi kenapa Sehun sanggup buat Nana macam ni? Nana tak kuat nak hadapi semua ni. Kenapa takdir Nana macam ni?! Nana benci dengan hidup Nana, kenapalah Nana tak ikut korang mati kalau tak pasti sekarang Nana takkan rasa semua ni. Nana tak sanggup..." Rintihnya. Nana jatuh terduduk, kakinya terlampau lemah untuk berdiri.

Pada saat itu, Nana hanya membiarkan dirinya kesejukan. Dia lagi sanggup mati daripada hidup dalam dunia yang penuh dengan kekejaman.

" ARGHHHHH!!!!!!! I hate this! "

[C] Hello, Ice Prince! ▪Sehun Fanfic▪Read this story for FREE!