PROLOG

35.3K 365 7
                                    

(Rindu Dendam adalah sambungan daripada kisah Rindu..)

Muqris: Sebenarnya ibu tak suka dengan perhubungan kita. Lagipun saya rasa berdosa. Saya dah tak nak buat perkara bodoh lagi. Saya tak boleh kawal nafsu bila bersama dengan awak. Jadi cara begini lebih baik.

aku: Apa awak cakap ni Is? Lepas awak dah sentuh saya, awak dah buat saya jatuh cinta pada awak. Terus awak nak buang saya? Nama awak dah lekat dalam hati saya, Muqris..

aku: Kalau macam ni, awak dengan lelaki dekat luar sana takde beza. Suka menabur janji lepastu pergi!

Aku seperti terikut-ikut panggilan yang digunakan Muqris. Mungkin kerana terlalu marah.

Muqris: Kalau awak nak anggap saya macam lelaki lain tu.. terpulang pada awak. Saya tahu apa yang saya buat.

aku: No! Kalau betul awak bukan macam lelaki lain, kalau betul awak rasa berdosa, awak akan jadikan saya yang halal buat awak Is.. awak akan kahwin dengan saya.. bukan buat saya macam ni..

Tapak tanganku sejuk. Badanku menggigil kerana terlalu menahan rasa amarah. Comforter di kaki aku tarik membungkus diri. Aku menangis di dalam itu.. seorang diri.

Muqris: Saya rasa lebih baik awak cari orang lain yang boleh jaga awak. Saya tak mampu.

aku: Saya akan tunggu awak

aku: Awak dah tak sayang saya ke?

Sengaja aku bertanyakan perkara itu kerana aku tahu, dia sayang kan aku. Sama seperti aku.

Muqris: Awak tak perlu tunggu saya. Awak fokus pada pelajaran saja.

Soalan aku tidak berjawab.

aku: Awak dah tak sayang saya ke Is?

Last seen today at 8:30 AM

aku: Saya tanya ni, awak betul-betul dah tak sayang kan saya ke?

Online.

Muqris: Tak.

Muqris: Saya tak sayang kan awak.

Muqris: Awak lupa kan saya. Awak delete jelah saya dari friendlist contact awak. Awak delete semua gambar kita. Awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya.

aku: Awak akan menyesal Muqris.. You will

Aku menangis teresak-esak di dalam comforter itu. Air mata ini seperti tidak mahu berhenti mengalir.

Muqris: Saya minta maaf kalau selalu sakitkan hati awak dari hujung rambut hingga hujung kaki. Apa yang saya dah buat dekat awak selama ni, saya menyesal. Saya minta maaf sangat. Assalamualaikum.

aku: Saya minta maaf Muqris, tapi maaf awak tu dah takde makna untuk saya.

Rindu Dendam [Completed]Where stories live. Discover now