Bab 11

1.2K 113 47

Okay guys, aku fast foward part dorang pergi pulau jeju.

•••••••••••••

Tup..tup..tup sudah masuk dua minggu pun kejadian di pulau jeju itu terjadi. So mereka semua pun dah balik ke Seoul semula namun hubungan Sehun dan Nana masih lagi tegang.

Duduk dah sebelah menyebelah tapi sorang ke marikh, sorang ke pluto. Ada jugalah Nana cuba berbaik dengan Sehun tapi laki itu layan acuh tak acuh aje. Hish! hebat juga penangan si Hanabi ni rupanya.

" Wassup man! Borak apa? " Tanya Nana lalu dengan selambanya duduk sebelah D.O. Keropok di tangan namja itu dirampasnya.

" Nana! Aku punyalah! " Marah D.O, macam biasa matanya dibulatkan.

" Hehehe ambillah, jangan marah ye baby owl..." Nana tersengih sambil mengosok belakang lelaki itu. Keropok dihulurnya.

" Hahahaha! Baby owl...hahahaha! " Gelak Chanyeol. D.O terus memandang ke arah Chanyeol tajam.

" Errrr...ehem ehem back to our story..." Chanyeol cepat cepat cover gelak dia.

" Okay, korang borak apa takdi? Beria aje aku nampak... " Tanya Nana sambil mengangkat keningnya.

" Kita orang bincang pasal party esok... " Jawab Toa.

" Hah? Party? Party apa? " Muka Nana penuh dengan kebingungan.

" Aik? Sehun tak beri tahu kau ke? Takkan masih gaduh kot..." Ujar Kris pelik.

" Beritahu apa?! Haish, korang boleh staright to the point tak? " Nana mula berang.

" Rilek sis, jangan marah marah. Malam esok Sehun nak buat party happy birthday dia. Kan esok hari jadi dia " Cerita Chen.

" Jinjja?! Tapi dia tak beritahu aku pun. Sampai hati... " Nana memintal hujung skirt sekolahnya. Pandangan beralih ke bawah.

" Alah, jangan ngajuk! Takpe takpe esok kau datang je bagi surprise kat dia, nak tak? " Cadang Baekhyun dengan eyesmile dia.

" Surprise apa? "

" Alah, surprise lah manalah tahu dia masih ngajuk ngan kau pasal kat jeju hari itu ke ? Malam esok kau datanglah rumah dia bagi hadiah, biar dia terharu sikit..." Bebel Suho macam mak mak orang dah aku tengok.

" Wah!  Bijak juga kau ni en? " Puji Nana.

" Well you know me... " Suho duduk menyandar sambil menyilangkan kaki dia.

" Blah lah, idea aku okay! Kau tu cuma terangkan dengan lebih lanjut je! " Baekhyun mencebirkan bibirnya.

Cemberut terus muka Suho. Hish, baru nak bangga kacau line betullah mamat eyeliner nih!

■■■

Nana POV

Aku duduk di meja solekku. Jam casio direnung, aku tersenyum kecil.

" Pasti Sehun suka..." Omelku. Aku sanggup berhabis beratus-ratus ringgit duit tabungku semata-mata nak beli kejadah ni. Harap harap Sehun happy and then maafkan aku, yeay!

" Hmm, apa kita nak pakai baju untuk malam esok eh... " Kini aku berdiri di hadapan almari kayu pakaianku. Lepas satu satu baju aku belek namun tiada satu pun yang menarik.

" Hish! Semua baju dah berkurun pun! " Aku merungut lalu berbaring di atas katil.

" Takkan aku nak beli baju lagi kot? Dahlah duit aku ciput pasal beli jam Casio tu. Haih.. " Aku merenung kipas yang berputar sambil berfikir.

" Kalau itu yang buat Sehun terpikat ngan aku balik takpelah! Biar duit aku habis asalkan aku dan Sehun berbaik balik... " Aku tersenyum gembira.

End POV

■■■

" Sehunnie sampai bila kita nak sorokkan hubungan ni... " Rengek Hanabi manja.

" Alah, Han sabarlah dulu. Takkan nak beritahu mendadak macam tu je nanti apa orang pikir... " Pujuk Sehun sambil mengosok bahu gadis itu.

" Hun ni! Hanabi penatlah macam ni. Entah entah Sehun masih sayangkan Nana sebut tulah Hun tak break lagi ngan minah kolot tu! " Teka Irene tepat. Wajah lelaki itu direnung tajam.

" Eeerr, aniya! Okay okay Hun janji malam esok Hun akan umumkan hubungan kita kat semua orang. Okay sayang? " Sehun menyentuh dagu Hanabi lembut.

" Jinjja?! Ini yang buat Han sayang kat Sehun yang comel ni! " Irene memeluk lengan lelaki itu erat. Kepala dilentok manja ke bahu lelaki itu.

Sehun tersenyum kecil. Dia membelai lembut rambut Hanabi. Bayangan Nana yang berada di pikiran cepat cepat dilupakan.

Maafkan aku, Nana...

[C] Hello, Ice Prince! ▪Sehun Fanfic▪Read this story for FREE!