Bab 4

1.3K 133 20

Lagu Lotto kedengaran di corong telefon Nana namun tuan punya badan tidak mengangkatnya.

" Haish, mana Sehun ni! " Rungut Nana sambil cuba call  mamat itu.

Tut..tut..tut, lagu lotto mula kedengaran lagi.

" Dae,yeoboseyo..." Akhirnya! Senyuman Nana sudah sampai ke telinga.

" Sehun-sshi! Nak patah tangan saya sebab call awak. Kenapa lambat angkat ? " Marah Nana manja. Bila dah lama tak bersawit memang macam ni, gediks semacam.

" Sorry Nana, aku mandi takdi by the wat kenapa call ni? " Tanya Sehun yg sedang duduk di atas katil sambil mengelap rambutnya. Iphone 7 dikepit antara telinga dan bahu.

" Saja je... "

" Saja je?! Ingat hal penting takdi! " Ujar Sehun seakan-akan marah.

" Yang awak nak marah-marah sangat kenapa? Macam tak biasa pula.." Hati Nana sedikit terusik. Kenapa Sehun semakin hari semakin lain? Macam dah tak sayangkan dirinya saja.

" Err, sorry. Aku penat sangatlah Nana.. "

" Hmm, okay saya maafkan. Awak esok date nak? " Nana memintal hujung bantal busuknya itu.

" Esok? Aku ada hallah Nana.. "

" Hal apa pula? Esokkan cuti.. "

" Aku nak teman Hanabi ambil omma dengan appa dia kat airport esok... "

Berderau darah Nana mendengar nama perempuan itu. Eeeii, asyik asyik Hanabi. Aku atau minah lipstick tu makwe dia ?

" Nana.. " Panggil Sehun di hujung talian.

" Kenapa awak pula yang kena teman dia? Nak kata dia tak pandai bawa kereta tiap tiap hari pergi school naik porshe merah dia tu! " Bebel Nana. Tak puas hati betullah aku!

" Hish, awak ni Nana cubalah paham sikit! Porshe tu sport car  mana muat nak isi barang family dia so dia nak pinjam kereta limo aku.. " Terang Sehun malas.

" Yelah, yelah saya mengalah untuk kali ni je tapi awak kena teman saya pergi dinner tonight! " Tegas Nana.

" Nana aku penatlah, nanti-nantilah kita dinner sama eh ?Okaylah aku nak tidur, goodnight.. "

" Se... "

Tut,tut,tut

" Hish, tak guna punya jantan..." Nana mencampakkan samsung dia di atas katil. Dia merenung ke atas syiling.

Gurrrr...

Spotan tangan Nana memegang perutnya. Adoi, laparnya tapi takde seleralah nak makan.

" Hmm, perut mianhae lah hari ini aku takde mood nak makan.." Gumam Nana sambil menutup matanya.

■■■

" Hai Sehun! " Sapa Hanabi ceria.

" Hai Hanabi, sorry datang lambat. Penat sangat semalam..." Sehun tersenyum.

" Ala...siannya dia meh saya urutkan! "

Sehun terbuai dengan urutan lembut Irene. Tiba-tiba dia teringatkan Nana, kalau disuruh urut nanti ditumbuk pula.

" Emm Sehun, sebenar saya... " Wajah Hanabi seakan-akan serba salah.

" Apa dia Hanabi? " Sehun mengangkat kening.

" Omma dengan appa saya tak jadi balik dari Scotland sebab  still ada masalah kewangan dekat cawangan sana.. " Hanabi menundukkan wajahnya. Tangan yang mengurut bahu Sehun dilepaskan.

Pada mulanya Sehun mahu marah tapi saat melihat wajah polos Hanabi seakan-akan api kemarahannya disimbah dengan bergunung ais batu.

" Gwecana nak buat macam manakan? Emm, habis tu kita nak pergi mana sekarang? "

Wajah Hanabi bertukar ceria. Tanpa sengaja tangannya menggengam tangan Sehun. Sehun yang pada mulanya agak terkejut tapi dia hanya mendiamkan saja dan membalas pegangan itu.

" Jom kita pergi Funfair nak? " Pinta Hanabi manja.

" No hal, Ajusshi pergi funfair, airport cancel.." Arah Sehun.

Hanabi sudah tersenyum penuh makna.

[C] Hello, Ice Prince! ▪Sehun Fanfic▪Read this story for FREE!