Bab 1

57.1K 1.8K 21
                                    

Aku Nur Najwa,bersekolah di Elite Highschool yang hanya menempatkan pelajar-pelajar yang bijak,pandai dan berdisiplin...macam aku,hehehe...dan pagi ni,seperti biasa aku telah dihantar oleh abah ku ke sekolah dengan menaiki kereta.

-----

Tiba di depan pagar sekolah.

Aku menyalami tangan abahku seperti selalu yang aku lakukan setiap hari.

"Najwa."panggil abahku.

Aku hanya sekadar memandang wajahnya dengan senyuman yang manis yang tidak lekang di bibirku.

"Najwa janji dengan abah satu perkara,boleh?"tanya abahku kepada diriku.

"Apa dia,abah?"

"Janji dengan abah yang Najwa akan belajar bersungguh-sungguh dan jaga diri Najwa kalau abah dah takde."kata abah ku sambil menggenggam tangan ku dengan erat.

Setelah mendengar ayat yang keluar dengan lancar dari mulut abahku,perasaan bimbang mula bertandang dalam diriku seperti akan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Apa maksud abah 'jaga diri Najwa kalau abah dah takde'?

Ayat itu mula bermain dalam fikiranku sehinggalah kereta yang dipandu oleh abahku hilang meluncur pergi.lalu akupun masuk ke dalam perkarangan sekolah.

-----

Kelasku terletak di tingkat 2.

Aku dengan malasnya terpaksalah menaiki tangga itu dengan langkah yang lambat dan lemah.

'Haihhh,ni yang penat ni...baru je datang sekolah dah berpeluh.bau ketiak masam,kaang tak pasal-pasal kena cop TAK MANDI PAGI kan malu dibuatnya.'aku membebel di dalam hati.

Tanpa disedari aku sudah pun tiba di depan pintu kelas KESAYANGANku.
belum sempat aku memasuki kelas tersebut,satu suara telah menegurku.

"Awal kau datang harini?"

"EYHHH MAK AKU JATUH TANGGA!"Aku TERmelatah sehingga segelintir pelajar yang berada di dalam kelas itu memandang pelik ke arahku.

"HAHAHA!"tawa Amni iaitu merangkap BEST FRIEND FOREVERku LAH SANGAT!

Aku mencubit lengannya dengan kuat.

"Aduhhh,sakitlah pendek!"

"So,ada aku kesah?"

"Ok,ok...sorry eyhh."kata Amni sambil membuat muka cutenya macam ala-ala korea gitu...cehhh.

"Kejap,awalnya kau datang harini...selalunya tunggu 'si zirafah gila'tu yang marah kau sebab selalu datang lambat.kenapa kau rindu dia eyhhh... "usik Amni sambil menyiku lengannya di bahuku. maklumlah...pendek...tu yang kena kat bahu tu.

"Ishhh!kau ni...."belum sempat aku berleter Amni memotong.

"Tadi ada orang cari kau."

"siapa?"

"Minah gedik tu lah,siapa lagi?"

"Siapa pulak tu?"tanyaku lagi.

"Weyhhh,aku rasa kau patut buat pembedahan kat otak kau kot...tu pun kau tak faham ke?minah gedik tu,pompuan yang mengaku dia tu girlfriend Hakimi!"kata Amni dengan geram.

'Ni mesti pasal semalam.'aku berbicara di dalam hati.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now