014 ❃ MALAM SEGELAP COKLAT

Start from the beginning
                                    

Monica memanggil nama pasangan sehidup sematinya itu. Monica membatalkan niatnya untuk terus merajuk. Monica juga yang rasa sunyi di kegelapan malam yang sepi.

"Apa?"

Selwyn hanya merenung wajah Monica. Kasar nadanya berbunyi.

Sah! Masih marah! Marah kerana sudah berhari Monica merajuk. Salahkan diri sendirilah. Siapa suruh tak pujuk. Tapi tak apa. Kali ini Monica menyerah kalah.

"Tak nak tidur sekali ke?"

Monica memberanikan diri bertanya. Debarannya mula terasa. Risau Selwyn masih akan bersikap dingin.

Pandangan mata Selwyn masih menikam pandangan mata Monica.

Disebabkan cemas dakapan kucing bernama Moka itu dieratkan.

Moka mula meronta dan minta dilepaskan.

Monica hanya turuti kehendak Moka.

Suasana kembali menjadi jeda.

Mereka berdua masih berdiri bertentangan sesama sendiri.

"Apa awak tanya tadi?"

Selwyn bertanya sekali lagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Monica terkebil-kebil. Pekak rupanya Selwyn ni.

"Tak nak tidur sekali ke?"

Monica mengulangi semula soalannya. Matanya merenung pandangan mata Selwyn.

"Tidur sekali?"

Selwyn berpura-pura tanya. Nadanya agak sinis.

"Yelah."

Nada Monica kedengaran sedikit kecewa. Selwyn sentiasa menyakitkan hatinya.

"Tak naklah.. "

Jawab Selwyn selamba tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Monica hanya menjeling dan menundukkan pandangan matanya. Menyesal dia tarik diri daripada merajuk.

Selwyn suka memanjangkan pergaduhan. Perlu ke dirinya melutut dan merayu untuk memujuk Selwyn? Sedangkan bukan salah dirinya sepenuhnya.

"Monica..."

Dagu Monica tiba-tiba disentuh.

Monica masih enggan memandang wajah Selwyn. Buat sakit hati sahaja!

"Kenapa saya kenl tidur sekali je dengan awak? Sedangkan saya nak bersama awak selamanya."

Monica terkedu. Wajah Monica mula kemerahan. Apa? Selwyn tak guna!

Selwyn tersenyum sinis. Seronok dapat buat Monica tersipu-sipu.

"Saya nak tidur!"

Bengang pula Monica terasa apabila Selwyn sengaja menyakat dirinya. Tangan Selwyn ditepis. Seraya itu terus Monica menuju ke arah katilnya dan menghempaskan tubuhnya kasar.

Selwyn hanya menjongketkan keningnya memerhati tingkah-laku Monica.

"Mauuu......"

Moka mula bergeser pada kaki Selwyn.

Selwyn terseyum. Moka diangkatnya dan diletakkan di luar kamar.

"Moka, malam ni kau tidur di katil kau. Aku nak berdua-duaan malam ni."

Selwyn melangkah masuk ke dalam kamar dan pintu ditutup.

🍫

Moka hanya merenung pintu kamar yang tertutup. Apa salahnya kalau Moka ada dalam sekali.


Untuk mengetahui babak kemusnahan kafeteria coklat sila baca Lycans The Tale of Legends by @JejakaMerah chapter 157 | Apabila Aiden Mabuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk mengetahui babak kemusnahan kafeteria coklat sila baca Lycans The Tale of Legends by @JejakaMerah chapter 157 | Apabila Aiden Mabuk. (Tapi rasanya chapter ni dah di take down. Bhahaha!)

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now