*Ravi Vixx*

282 11 3

RAVI POV

Pagi itu,aku disuruh oleh Jongkook Sosaengnim untuk menghantar laporan tentang kes buli yang terjadi pada minggu lepas.Semakin aku mendekati bilik Jongkook Sosaengnim,semakin kuat aku mendengar suaranya menjerit.Ada apa agaknya?

Aku mengetuk pintu dan masuk.Kelihatan seorang budak perempun sedang berdiri sambil memegang beberapa buah buku di tangannya.Kepala juga ditundukkan.

Melihat dari gaya dia berdiri dan berpakaian kemas,tak mungkin dia melakukan perbuatan yang melanggar disiplin tetapi mata Jongkook Sosaengnim berkata sebaliknya.Matanya seolah-olah memberitahu yang budak perempuan ini telah melakukan satu perkara yang agak berat.

Fail kes buli dihulurkan kepada Jongkook Sosaengnim.

"Sosaengnim... Apa masalah budak perempuan ini?" Aku bertanya sambil mataku tidak lepas pandang memeriksanya dari atas dan bawah yang membuatkan budak perempuan itu tidak selesa denganku.

"Budak Alfiyyah ni ada bawa barang haram.Lepastu,ada orang mengadu mengatakan yang dia menconteng buku sekolah dan harta benda awam terutamanya meja," Jongkook Sosaengnim membalas sambil tangannya memegang rotan.

"Saya tak rasa dia melakukan perkara tersebut cikgu.Saya rasa dia diperangkap oleh ketua geng Cleopatra,Kim Min Ah.Ada kesan cengkaman kuku di lengan Alfiyyah itu bukti yang dia dipaksa oleh Min Ah untuk menconteng.Selain itu,saya tak rasa orang sekemas dia akan menconteng dinding.Tengoklah cara dia berpakaian.Saya boleh agak yang dia mempunyai dua buah buku nota.Satu untuk mencatat nota tentang sesuatu subjek dan satu lagi untuk perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.Saya minta diri dulu ye Sosaengnim," Aku menunduk kepada Jongkook Sosaengnim dan keluar dari bilik tersebut.

Perempuan itu pula nampak terpinga-pinga.Dia ini tak tahu ke aku ini detektif terkenal dekat sekolah ini.Budak nerd agaknya.Stail kemas semacam je.

Makin menjadi-jadi betul perangai si Min Ah ni.Nak buli orang jangan sampai orang tahu.Ini tidak,dalam sekolah ini dia seorang je yang buat kuku macam itu.Almaklumlah,anak orang paling kaya dan berkuasa dalam sekolah ini.Suka-suka hati je nak buat apa.Langgar peraturan macam satu benda wajib yang dia perlu buat.Lepastu,buli orang sesuka hati.

-------

Mood Ji Hyo Sosaengnim agak baik sebab lepaskan kami semua awal daripada biasa.Selalunya 10 minit habis waktu persekolahan baru boleh balik.

Aku berjalan di koridor sekolah dengan gembira sebab berjaya selesaikan kes kecurian di blok junior.Dekat seminggu baru boleh selesaikan kes yang nampak senang tapi rumit.

Jom pergi belanjakan diri sendiri.

"Woi... Kau Ravi kan?" Aku serta merta berhenti berjalan sebaik sahaja ditegur oleh budak perempuan yang kena soal siasat dengan Jongkook Sosaengnim.

Dia ini nak apa sebenarnya.Siap bercekak pinggang lagi.

Aku menaikkan kening.

"Kau ini stalker gila kan?" Tenganga mulut aku mendengar kenyataan yang keluar dari mulut perempuan ini.

"Kenapa awak cakap saya macam itu?" Aku bertanya kepadanya kembali sambil menolak dahinya kerana dia sedang menjinjingkan kakinya sambil mendekatkan mukanya ke mukaku.

"Kau ini macam tahu semuanya pasal aku.Seolah-olah kau stalk aku.Mak aku pun tak tahu aku ada 2 buah buku nota inikan kau pula?Pelik tahu tak.PELIK!" Dengan muka berkerut marah-marahkan aku sambil menghembuskan rambutnya yang terjuntai itu membuatkan budak perempuan ini agak comel.Sudahlah pendek.Makin bertambah kiutnya.

"Awak... Saya detektif.Saya tahulah.Orang kemas memang macam ini.Sebagai bukti,di tepi buku awak ada penanda berwarna warni yang beerti awak ini sangat teratur.Takkanlah awak nak conteng sesuka hati.Dekat baju awak,ada kesan contengan berdekatan dengan tanda nama awak bermaksud awak nak sangat tanda nama itu kemas dan tidak kelihatan belok.Selain itu,cara awak susun buku mengikut ketinggian itu menunjukkan lagi sifat kemas awak," Aku tersenyum sambil menerangkan panjang lebar tentang apa yang aku nampak dari perwatakan dia.

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!