Bab 15

13.6K 194 49

"Bik..."

"Ya, Sa. Arissa dah bangun?"

"Sudah bik. Bik, rumah ni ada meja lipat tak?"

"Meja lipat?"

"Boleh lipat bila tak nak pakai."

"Ohhh, ada. Arissa nak buat apa dengan meja tu?"

"Nak letak barang Rayyan dalam bilik tu. Saya nak letak semua perkakas susu Rayyan. Saya nak termos sekali. Boleh tak, bik? Persediaan untuk malam ni. Kalaulah dia mengamuk nak susu, tak perlu saya naik turun dah."

Bibik Sulastri tersenyum.

"Ada, Arissa. Semuanya ada. Rayyannya mana?"

"Ada. Tengah tidur."

"Jam segini masih tidur? Nanti malam, tak mahu tidur. Pergi kejutkan.

"Ohhh... Macam tu? Bukan bayi umur begitu memang banyak tidur?"

"Ya, yalah. Tidurnya memang perlu lama, sampai 18 jam, tetapi enggak boleh sekali tidur sampai tiga atau empat jam. Enggak boleh terus-terusan tidurnya. Nanti terbanyakan tidur, malam enggak boleh tidur."

"Okey, okeym, bik. Biar saya kemas rumah sikit, lepas tu... Saya kejutkan Rayyan. Lagipun, kejap lagi ada orang nak datang tengok bilik Encik Rafi tu, nak tukarkan bilik untuk Rayyan. Nanti Rayyan terjaga, satu kerja apa pun saya tak boleh nak buat."

"Okeylah, bibik pergi carikan barang yang Arissa mahu."

"Terima kasih, bik."

Lega Arissa. Tak perlulah dia naik turun lagi. Sudah serupa larian marathon semalam. Tak pasal hari ini dia terbangun lewat. Apalah kata opah Datin dan pak encik bila aku bangun lewat tadi? Arissa menggaru kepalanya. Kalau buat selalu, mampus kena pecat. Jangan Arissa... jangan malukan Tok Imam Muntaha!

Arissa mengemas apa yang patut di dalam rumah itu. Dia kemas cepat-cepat sebelum Rayyan terjaga. Rayyan tu boleh tahan mengamuknya. Tak padan dengan kecil... Serupa gajah bila mengamuk. Haih, Rayyan...

Telefon rumah berbunyi...

"Hello, rumah Datin Zarina sini..."

"Neng!"

Ingatkan siapa...

Rupa-rupanya Rafa.

"Ya, pak encik..."

"Dah bangun?"

"Dah lama bangun. Maaf pak encik, saya lambat bangun. Terlelap lepas subuh tadi."

"Tak apa, faham. Rayyan dah bangun ke?"

"Belum. Nak pergi kejutlah ni. Tidur lama sangat nanti malam tak boleh tidur pula. Nak bagi mandi, nak bagi susu."

"Ohhh, okeylah. By the way, awak tak ada telefon bimbit ke?"

"Errr... Tak ada, pak encik."

"Ohhh, lupa. Awak kan orang zaman batu."

Arissa mencebik.

"Kenapa, pak encik?"

"Senanglah saya nak call kalau pakai telefon bimbit, tak payahlah awak lari-lari ke telefon rumah tu. Buatnya tersadung nanti. Siapa nak jaga Rayyan? Sudahlah malam-malam awak dah marathon. Takkan siang pun awak nak marathon juga?"

"Hmmm..."

"Okeylah. Nanti saya telefon lagi. Assalamualaikum."

Klik.

Ehhh, ehhh, pak encik ni. Kalau tak nak bagi aku marathon, janganlah telefon lagi. Siapa punya salah kalau aku tersadung? Bukan dia ke? Arissa menggelengkan kepala.

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now