• 9

1.9K 164 45
                                    

KYUMI POV

Aku dan Jimin pulang ke dorm selepas berjalan jalan di sekitar kampus . Aku tercegat di tepi sofa dan tak tahu nak buat apa , Jimin tiba-tiba menjadi dingin dan muka handsome dia tadi terus hilang di mata aku , dia boleh tunjuk muka cemberut macam tahan berak sebaik sahaja kami masuk ke dalam dorm tadi lepastu dia abaikan aku. Weh kau fikir aku tugu bilik ke ? Jimin menjeling aku sekilas . Alamak dia macam tahu je aku kutuk dia dalam hati .

Aku pun buat muka bodoh juga sambil tunggu dia nak cakap apa . Okay sebenarnya kami tengah awkward again , ergh .

"Let's go over some rules" Kata Jimin sambil aku tengok dia ambil buku nota berwarna biru yang berada di atas meja .

Aku hanya buat muka bosan sepanjang dia membebel tentang beberapa peraturan bodoh dan peraturan bijak yang dia dah buat . Habis sahaja dia membaca peraturan yang dia sendiri tetapkan tu , Jimin terus duduk diatas sofa dan tonton tv .

Aku rasa macam nak cepuk pun ada si Jimin ni , Ada ke patut peraturan semua dia tentukan . Apa dia ingat dia ketua bilik ni ke ? Yes memang lah dia check in dulu tapi at least tanyalah pendapat aku , setuju ke tak ?

Aku tak habis habis kutuk mengutuk Jimin dalam hati sambil berjalan kearah katil aku . Aku mampu kutuk dalam hati jela sebab aku teringat yang betapa kejamnya Jimin sewaktu di Sekolah menengah dulu . Siapa je melawan dia pasti terima balasannya . K kat sini aku nak cakap yang aku agak gerun setiap kali teringat sifat badboy dia even dia tak pernah jadi badboy dengan aku

Seminggu kemudian...

Jadi Roomate Jimin bukanlah sesuatu yang teruk macam yang aku fikir sewaktu kali pertama aku melangkah masuk ke dalam bilik ni . Cuma kadang kala ada beberapa situasi yang agak awkward disebabkan dia lelaki dan aku perempuan . Ada beberapa perkara yang lelaki macam Park Jimin tak faham dan tak patut tahu .

Aku duduk diatas katil aku setelah siap menyusun barang barang aku . Walaupun dan seminggu aku tinggal kat sini , aku tak sempat langsung nak kemas barang barang aku disebabkan jadual kuliah yang gila padat . Haih ni baru tahun pertama , dah sibuk gila .

Aku pun agak berpuas hati dengan bilik ni . Luas dan selesa sebab Jimin ada ruang dia dan aku ada ruang aku . Cuma satu je aku tak puas hati . Kedudukan bilik kami yang bersebelahan dengan bilik Jungkook .

Aku letih!

Setiap pagi aku mesti akan automatik lompat keatas lantai sebab panik sebab aku ternampak Jungkook .

Jungkook shirtless dan dia stretching dekat tingkap yang bertentangan dengan bilik kami dan dekat tingkap tu pula dimana katil aku berada . Aku just tak bersedia nak jumpa selepas apa yang berlaku . Aku takut juga kalau dia tahu bilik aku dan aku berkongsi bilik dengan Jimin .

"Kau tengok apa tu?"

Tiba tiba suara Jimin menerombos lubang telinga aku . Eh baru aku sedar yang aku tengah pandang kearah bilik Jungkook . Aku terus mengalihkan wajah aku kepada Jimin . Dia mengangkat sebelah keningnya .

"Takde apalah" Aku menggeleng . Dia cuma pandang selama 3.5 saat sebelum beredar ke sofa .

Entah bila dia balik sebab tadi sewaktu aku bertungkus lumus mengemas kawasan aku dia tak ada . Mungkin dia baru balik .

Aku turut mengaturkan langkah aku kearah sofa . Aku ambil tempat betul betul di hujung sofa dan duduk perlahan lahan . Mata aku terus ditumpukan pada TV .

"Kau kenapa duduk jauh sangat ?" Jimin menyoal tanpa pandang aku .

K pelik , dia boleh tahu kedudukan aku even tak pandang . Nampaknya Jimin mula tunjuk beberapa superpowernya.

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now