Bab 7

7.3K 93 2

Hari ini Rafa tak masuk pejabat. Syukri akan selesaikan semua perkara untuknya. Nasib baik ada Syukri, kawan baik yang boleh dipercayai. Semua mesyuarat pun akan dihadiri oleh Datin Zarina sendiri. Selalunya, itu kerja Rafa.

"Mummy need to work."

"Boleh ke mummy kerja ni?"

"Mummy tak boleh duduk diam. Lagi mummy duduk diam, lagi terfikir-fikir hal Rafi. So, better I go and do something."

"Okeylah."

Rafa tak mahu menghalang Datin Zarina. Dia tahu, sudah banyak hal membebankan mummynya itu. Lepas satu... Satu hal. Mula-mula, papa buat hal. Habis semua kerja tergendala. Sekarang abang pula. Silap hari bulan, sakit pula mummy... detik hati Rafa.

"Jangan lupa, call Doktor Zainal dan do the test. Kita kena make sure bayi tu anak Rafi atau tidak. Then, call lawyer, let Fuad handle everything. Tapi ingat Rafa, kalau anak Rafi pun, jangan sampai maruah keluarga kita tercemar. That baby can't ruined our good name. Cukuplah papa, Rafi..."

"Rafa letak nama Rayyan."

"Rayyan?"

"Rafi Zayyan. Rafa Zayyan. Either or... nama dia tetap Rayyan. Kalau DNA mengesahkan Rayyan bukan anak Rafi pun, I think... I like to keep him, mummy."

Datin Zarina memandang Rafa. Itu salah satunya cara untuk buat bayi itu menjadi sebahagian daripada keluarganya.

"Suka hati kamulah, Rafa. Mummy nak pergi kerja dulu. Ingat pesan mummy."

"Ya. Tak lupa. Jangan fikir sangat, okey?"

Hari ini, walaupun tak masuk pejabat, kerja untuk Rafa sudah bersusun. Seawal pagi, dia sudah memanggil Doktor Zainal, doktor keluarganya untuk datang memeriksa Rayyan. Hasil pemeriksaan mendapati Rayyan sihat dan sempurna. Sample darah Rayyan dan darah Rafa turun diambil untuk membuat ujian DNA. Kata Doktor Zainal, keputusan ujian DNA akan diperoleh selepas satu atau dua minggu.

"Rafa..."

"Ya, doktor."

"Boleh saya tanya sikit. Ini anak kamu ke?"

"Eh, taklah doktor. Ini berkemungkinan anak Rafi. Tapi saya berharap doktor merahsiakan hal ini daripada semua. Saya tak mahu orang luar tahu."

"Macamlah awak tak percayakan saya."

"Bukan tak percaya, tapi mengingatkan."

"Rayyan perlukan beberapa suntikan. Nanti saya minta nurse saya hubungi awak untuk memberikan tarikh. Dia perlu ke klinik."

"Baik, Doktor Zainal. Terima kasih."

Selesai hal doktor, Rafa memanggil peguam keluarganya, Fuad ke rumah. Fuad menerangkan apa yang perlu dibuat oleh Rafa. Arissa turut mendengar apa yang diberitahu oleh Fuad dengan tekun sekali.

"Apa caranya untuk beritahu dia bukan anak Abang Rafi walaupun dia memang anak Abang Rafi? Meskipun tak dapat keputusan ujian DNA, saya dapat rasa ini anak Abang Rafi. Mummy tak nak cemarkan nama baik keluarga. So mummy nak perkara ini silent. How, Encik Fuad? Any advice."

"Hemmm... Kena dapatkan laporan polis dan menyatakan bayi ini dijumpai."

"Tapi, kalau kita buat laporan polis, bayi ini kena pergi JKM. Nanti JKM ambil Rayyan dan serahkan kepada keluarga lain. Dia ni walaupun tak secara official tapi dia ialah anak buah saya dan darah daging saya, Encik Fuad."

"Anak tidak sah taraf dengan bapanya, tiada hubungan kekeluargaan, Encik Rafa. Kecuali Encik Rafi dan ibunya dikahwinkan sebelum kandungan berusia tiga bulan."

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now