Bab 4

7.1K 85 0

Awal pagi itu...

Rafa terjaga tepat pukul enam pagi.

Itupun, jam sudah beberapa kali berbunyi. Asyik snooze saja!

Rafa terus bangun, bersiap dan mencapai kunci keretanya. Sudah terlewat nak ke masjid, bersolat subuh berjemaah. Memang setiap pagi, itulah rutin Rafa. Tetapi malangnya, kereta Rafa terhalang dengan kereta Rafi. Terpaksalah Rafa membawa kereta Rafi ke masjid. Rafa bengang sebab terpaksa membawa kereta pick-up itu.

Tempat punya besar nak parkir, belakang kereta aku juga nak campak, bising Rafa. Rafa malas nak banyak bunyi, dia sudah lambat, cepat-cepat mencapai kunci pendua kereta Rafi.

Menyusahkan betul!

Haih... Apa hal busuk kereta abang ni? Macam bau hanyir darah... detik hati Rafa. Malas nak fikir banyak, Rafa terus menghidupkan enjin.

Macam-macam hal sejak Rafi balik tadi. Tak balik pun bagus. Duduk sajalah dengan ayahnya, jangan balik ke rumah mummy, geram Rafa. Dahlah balik lambat, menghalang jalan, kemudian, berdarah pula... Entah apalah yang Rafi buat di luar seharian? Rafa runsing.

Tapi, Rafa malas nak bising. Fikir tentang Rafi... 10 tahun pun tak akan habis. Entah sampai bila nak berubah? Sampai kahwin? Sampai ada anak? Hesy... Nak ada komitmen berkeluarga apa, kalau komitmen ke atas diri sendiri pun tak di ambil peduli.

Sampai di pekarangan masjid, Rafa cepat-cepat menutup pintu kereta. Bilal baru mula melaungkan azan.

Mujur tak lewat!

Bunyi azan menyebabkan Arissa terjaga. Melihat si kecil itu lena tidurnya, cepat-cepat Arissa mandi dan bersolat. Solat subuh itu solat paling cowboy yang Arissa pernah buat. Jemaah tak mula bersolat lagi, Arissa sudah habis solatnya. Bukan apa, takut si kecil itu berjaga dan ketahuan pula orang dalam masjid itu tentang bayi itu.

Mati Arissa.

Tak pasal dituduh melahirkan anak luar nikah pula. Sudahlah kain bayi itu berdarah-darah.

Jangan buat hal...

Jangan buat hal, Arissa!

Usai menyelesaikan halnya, Arissa meletakkan si kecil itu ke dalam bakul yang dijumpai semalam. Bakul semalam yang berdarah, telah pun dibersihkan. Bayi itu masih lena. Perlahan-lahan Arissa keluar dari bilik itu.

"Jangan menangis, tau... Kita nak keluar dari masjid ni," bisik Arissa kepada bayi itu, macamlah bayi tu faham.

Arissa meletakkan kunci di bawah karpet seperti arahan Tok Imam Muntaha. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan ke luar masjid. Ada beberapa kereta sudah diparkir di depan masjid. Tak ramai yang berjemaah pagi ni, bisik hati Arissa.

Tetapi...

Ada sebuah kereta yang menambat pandangannya. Langkah Arissa terhenti.

Bukan ke...

Cepat-cepat Arissa mengambil cebisan kertas dari poket baju kurungnya. Rasanya seperti kenal nombor plat kereta ni. Bukan ke, ini nombor kereta yang dicatit semalam? Ehhh... Takkan orang masjid kut yang membuang bayi ni? detik hati Arissa. Dia terkejut.

"Ya Allah sayang, doa acik dimakbulkan. Acik dah jumpa orang yang membuang kamu."

Cepat-cepat Arissa meletakkan bakul itu di dalam bonet belakang yang terbuka. Kereta pick-up itu tiada penutup bonet. Arissa menyelimutkan bayi itu, biar selesa dan panas dengan sehelai tuala lusuh miliknya. Cepat-cepat Arissa masuk ke dalam bilik Tok Imam Muntaha semula dan mengambil pen juga sehelai kertas. Arissa sempat mencatitkan sesuatu di atas kertas dan diletakkan di dalam bakul dengan harapan... Pemilik kereta itu tidak akan membuang bayi itu lagi.

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now