Cinta Sejati

270 6 0
                                        

Cinta sejati,
Hadir cuma sekali,
Mungkin dalam lambakan cinta,
Yang pernah bersemi sebelumnya.

Kadang-kadang,
Cinta sejati itu datang,
Dalam kesamaran cahaya,
Yang melalui satu jalan sahaja.

Hanya yang terpilih,
Akan bertemu cahaya,
Cahaya yang membawa diri nya,
Dekat dengan cinta sejati.

Kerana agungnya cinta sejati,
Tak bisa diberi percuma,
Tanpa air mata,
Dan sujud seorang hamba.

KARYA PALING AGUNGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang