BAB 1

598 15 2


SUARA seorang lelaki yang menghalau anaknya keluar dari rumah memenuhi rumah agam itu. Dan diikuti dengan tangisan seorang wanita bergelar ibu. Luluh hati Madam Angelica saat melihat anak perempuan kesayangannya dihalau keluar dari rumah. Madam Angelica hanya mampu melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa kerana awal-awal lagi Sir Austin menyuruh Madam Angelica diam.

"You, get out!" halau Sir Austin. Suaranya kedengaran lantang.

"Daddy, please..." rayu Helena.

"You are not my daughter anymore. I'm only have a son right now! And now you're muslim! So, I don't have a daughter name as a Helena Austina  Levis! Do you get it?" tegas Sir Austin.

"But daddy, I'm still your daughter even I am muslim." Helena bersuara sayu. Air matanya mula menuruni pipinya perlahan-lahan. Sedih kerana daddynya sudah tidak mengaku anak lagi. Helena mula memaut pada kaki Sir Austin.

"I say get out! Just, get out from my house! I don't want to see you face again! Remember!" Helena yang sedang memaut pada kakinya, diheret keluar bersama beg pakaian. Tanpa perasaan belas kasihan sedikitpun, Sir Austin melepaskan tangan Helena yang berpaut pada tangannya dan menghumban keluar bersama beg pakaian gadis itu.

"Don't ever come back again!" Sir Austin memberi amaran kepada Helena. Sejurus itu, dia masuk ke dalam rumah agam itu dan menghempas pintu utama rumah agam itu tanpa berpaling sedikitpun.

Manakala Madam Angelica hanya mampu memandang Helena dengan air matanya saja kerana dia tidak mampu untuk menghalang. Bimbang Sir Austin akan memukul Helena nanti. Itu pun sudah cukup baik kerana Sir Austin tidak naik tangan pada Helena.

"Daddy! Daddy! Daddy! Daddy...." berkali-kali Helena memanggil Sir Austin sambil mengetuk pintu utama itu tetapi hanya sia-sia saja. Sir Austin tetap tidak membuka pintu itu. Akhirnya, Helena melorot jatuh ke lantai sambil menangis hiba.

Kenapa daddynya sanggup buat dia macam ini? Salah diakah kerana memilih untuk memeluk islam? Salahkah? Bukannya dia ingin melupakan hatta menjauhkan diri dari keluarganya walaupun dia beragama islam sekalipun. Dia masih hormat pada daddy dan mummynya. Dan di dalam agama islam juga menyuruh untuk taat dan hormat pada ibu bapa. Sampai dari daddy menghalaunya keluar. Daddy sudah tidak sayangkan dia lagi.

Langkah di atur keluar dari pagar rumah agam milik keluarganya. Itu dulu dan sekarang dia bukan lagi ahli keluarga Levis kerana daddynya sudah tidak mengaku anak lagi. Perit untuk dia telan tetapi itu hakikatnya! Dan Helena tahu, keluarganya terkenal di kota Londan. Mungkin kerana itulah daddynya halau dia keluar dari situ. Mungkin malu kerana anaknya telah memeluk islam dan bukan lagi beragama kristian. Mungkin!

iPhone 6snya dibawa keluar dari beg tangannya. Nombor Aurora dicari. Aurora merupakan sahabat baiknya semasa mereka sama-sama menuntut di universiti Manchester dan Aurora jugalah yang memperkenalkan dia dengan agama islam. Dengan bantuan Aurora, dia belajar tentang keindahan islam. Dia mula tahu tentang solat lima waktu, tentang puasa umat islam dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Semakin hari, semakin banyak yang dia pelajari.

Hampir empat tahun dia belajar tentang islam dan Alhamdulillah, akhirnya Allah beri hidayah untuk memeluk agama islam. Dia bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayahNya.

Kerana Aurora jugalah dia fasih berbahasa melayu. Aurora mengajarnya dengan sabar dan sedikitpun tidak memarahinya. Dengan berkat kesabaran Aurora, dia dapat bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. Walaupun dia boleh menguasai empat bahasa asing, Melayu, Korea, Hong Kong dan Portugis tetapi dia lebih gemar memilih bahasa melayu.

Mummynya, Madam Angelica merupakan kacukan Korea-Hong Kong dan Daddynya, Sir Austin merupakan darah bangsawan Inggeris-Portugis. Kedengaran agak bertuah. Ya, memang bertuah! Waktu dia kecil tetapi apabila sudah meningkat dewasa, hatinya berasa kosong. Tidak seperti dulu lagi.

ROYAL SERIES 1 : PEWARIS TAKHTA DIRAJA (ON HOLD)Where stories live. Discover now