Prolog

15.5K 610 42
                                    

"Mamaaaaaa", Aku mula merengek.

Berita yang mama sampaikan sewaktu makan malam tadi merunsingkan fikiran mudaku. Bukan mahu membantah tapi aku agak kurang senang. Sedih mungkin. Atau dalam erti kata lain aku tak sanggup.

"Whyyy?" Aku merengek lagi.

"Why? Because I said, yes. Plus, I don't have any choice", Balas mama.

Tak ada pilihan konon. Cakaplah mama sebenarnya memang nak pergi jauh dari papa. Macam aku tak tahu.

"Tapi mama boleh je tolak apa yang bos mama nak tu", Aku cuba mulakan perdebatan dengan mama walaupun aku tahu pada akhirnya nanti aku sendiri yang akan mengibarkan bendera putih.

Weh, kau nak berdebat dengan mak sendiri weh? Haha, memang berkali-kali kau kena smash dengan mak sendiri nanti.

"Jawapannya sekarang, mama tak tolak. So, please start packing all of your stuffs now", Putus mama.

Aku mencebik. Terus berdiri di hadapan mama tanpa bergerak sedikitpun.

"Dian Medina Lidya Ahmad Sufian".

Haa tudiaa. Setiap ibu dalam dunia ni, kalau dah mula panggil nama penuh anak dia tu mesti dah geram sangat.

"Fine!", Bentakku.

Kotak-kotak kosong yang tersedia disudut bilik aku buka penutupnya. Satu persatu barang keperluan dan segala barang yang aku selalu gunakan, aku sumbatkan ke dalam kotak tersebut.

"Dian tak nak pindah. Dian tak nak", Rungutku sambil tangan laju membuat kerja acuh tak acuh. Lepas ni kena kemas baju pula.

Kalau tak disebabkan mama terima tawaran naik pangkat daripada majikan dia tu, mesti aku masih aman nak tinggal dekat Kuala Pilah ni. Ini tidak, tempat kerja jauh-jauh. Aku tak suka.

Cakaplah Selangor ada apa?

Setakat budak acah hipster, makan dekat cafe, kejar likers dekat Instagram tu, aku tak bataklah. Aku tak hipster okey, walaupun aku pakai streetwear. Apa? Aku support lokal lah.

Tumpuanku beralih ke almari. Satu beg pakaian bersaiz besar aku tarik keluar daripada bawah katil. Baju-baju di almari aku susun satu persatu didalamnya.

Aku pelik. Perempuan ni memang macam ni eh?

Bila nak keluar kata tak ada bajulah. Baju tak cukuplah. Tapi bila kemas semua baju haa amekko banyak gila.

"Banyak baju. Nak mama tolong?", Mama berdiri di pintu. Tak lekang senyuman dari bibirnya. Nak pujuklah tu.

Pandai betul nak bodek anak sendiri.

Aku berborak sedikit dengan mama sebelum mama turun semula ke bawah untuk mengemaskan beberapa barang lagi. Aku je yang baru nak kemaskan barang sendiri harini, sebelum-sebelum ni saja nak buat protes tapi gagal. Kena ikut mama juga.

Rumah yang dekat sini, mama kata nak sewakan. Siap perabot lagi. Rumah baru tu pula rumah siap pindah. Perabot apa benda semua dah ada. Bawa barang yang patut je.

Sewaktu melepasi pintu, aku terpandangkan papan selaju yang sudah lama tersadai disudut bilik. Nak bawa ke?

Tanpa serabut memikirkan dalam masa yang lama, aku masuk kembali dan membawa papan tersebut turun bersama.

Kenangan sia papan ni. Gila nak tinggalkan? Lagipun papan selaju memangggg dah sebati dengan aku. Semua sebab Papa.

-----
Sorry eh sebab unpublish
Tetiba ada spy dekat wattpad ni ;)
This story was made years ago so forgive me if it looks childish, immature and awfully terrible. I was just a stupid high school kid back then.

See ya.


Ehem.

14 June 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14 June 2022.
I'm back, I guess? But I'm not sure for how long.
Like usual,  I don't edit or change anything here.

Actually, I wanna say this is for us but it sounds super cliché and cringe.
So,

This is for me.
To feel 'alive' again.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now