Margandat - BAB 1

334 23 4
                                    

Perkampungan Gandat- 1990

Kehijauan hutannya masih terpelihara baik daripada sebarang ancaman kemajuan. Letaknya di sebuah kawasan pendalaman telah berjaya menghalang sebarang penerokaan daripada pihak-pihak tertentu yang rakus dan tamak. Marga kampung Gandat tidak lah ramai. Kira-kira 100 keluarga yang mendiami perkampungan ini sejak dibuka hingga kini.

Pernah suatu ketika dahulu, sebuah syarikat pembalakan cuba untuk meneroka hutan dna menebang kayu kayu balak yang berharga berhampiran perkampungan Gandat. Usaha usaha itu tidak berhasil disebabkan oleh pelbagai kejadian aneh yang berlaku. Paling mengejutkan apabila mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Anggota badannya terpisah.  Dipercayai mayat tersebut milik pekerja syarikat pembalakan.

Siasatan yang dilakukan membawa kepada penahanan beberapa orang warga perkampungan Gandat. Ini termasuklah  xxxx yang lantang menentang sebarang usaha penerokaan dikawasan tersebut. Akibatnya dia dijadikan suspek utama.

Setelah beberapa ketika, mereka semua dibebaskan akibat kekurangan bukti untuk disabitkan dengan pembunuhan kejam tersebut. Kejadian yang berlaku bukan saja memberi kesan kepada peneroka balak tersebut, malah kepada penduduk di Gandat itu sendiri.

"Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku harap, kamu semua berhati-hatilah apabila ke hutan.  Jika boleh, pergi lah berteman. Itu lebih baik." Pesan Tok ketua pada suatu petang setelah beberapa hari penemuan mayat tersebut heboh.

Kerajinan penduduk di perkampungan Gandat usah dipertikaikan lagi. Paginya mereka turun berkebun, ada pula yang menoreh pokok getah. Mereka pulang apabila hari sudah terang ketika matahari sudah terpajak tegak di kepala. Keberadaan kampung Gandat berhampiran sebuah tasik buatan membolehkan sebahgian warga menjadi nelayan darat sebagai satu kegiatan ekonomi.

Seorang lelaki muda sedang gigih menghidupkan enjin galah di atas sampan kayu miliknya. Selesai ke kebun getah dia akan turun ke air pula untuk menahan pukat. Ikan yang diperolehi akan di jual kepada marga di perkampungan itu dan hasilnya akan dibuat belanja harian.

Puas dia mencuba, namun enjin galah itu masih gagal juga untuk dihidupkan. Dia mula berasa hairan. Biasanya tidak begini. Hari-hari sebelumnya mudah sahaja dia dapat menghidupkan enjin tersebut. Tapi sekarang susah benar pula dia rasa. Tak mungkin rosak. Semalam elok-elok sahaja. Penutup tangki minyak dibuka dan diletakkan pada atas papan dinding sampan.

Dia melihat-lihat ke dalam tangki minyak. Masih penuh. Angin yang bertiup membuatkan sampan teroleng-oleng dilambung ombak kecil. Mengocak baki baki minyak petrol di dalam tangki.

'Banyak lagi minyaknya' bisik pemuda tersebut. Penutup tangki minyak tadi telah terjatuh ke dalam air apabila dia cuba mencapai . Terapung-apung di permukaan air tasik dilambung ombak kecil.

Dia cuba mengambil namun tidak tercapai. Bayang wajahnya kelihatan di muka air. Berkerut mukanya apabila menyedari satu bayang lain muncul di sebelah bayangnya melalui pantulan permukaan air tasik. Lebih tepat lagi, bayang itu berada betul-betul di belakang tubuhnya. Setahunya, dia hanya berseorangan di situ.

Dia lekas berpaling menoleh ke belakang, serentak itu juga satu hayunan laju objek bersifat tajam singgah di batang tengkuknya. Hayunan itu pantas memisahkan kepala daripada tubuh badannya. Kepalanya yang sudah terpisah dari tubuh itu mencebur masuk ke dalam tasik. Batang tengkuknya pula galak memancutkan darah merah. Pekat dan berbau hanyir.

Permukaan sampan yang tidak berwarna di dalamnya, kini bertukar merah pekat. Jasad tidak berkepala itu jatuh tertiarap ke dalam perut sampan. Air tasik di sekeliling sampan mula bertukar merah. Keadaan itu diperhatikan sepasang mata dengan penuh galak.

Jasad kaku itu diperhatikan galak. Aneh, jasad yang satu ini dibiarkan saja berdarah. Mengalir membasahi sampan. Tidak seperti kebiasaanya.

Aneh!

MARGANDATWhere stories live. Discover now