*BTS JUNGKOOK*

341 15 6

BUTTERFLY

"Jungkook!" Hana menegur Jungkook yang sedang mengambil buku di locker.

"Owh Hana... Annyeong!" Jungkook membalas dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam kelas.

Mereka merupakan kawan baik sejak sekolah rendah  dan merupakan deskmate sejak 2 tahun lepas.

"Hana... Apa benda yang Hana suka?" Jungkook bertanya kepada Hana yang sedang membuat kerja math yang diberi oleh Namjoon sosaengnim.Dia menongkat dagunya dan melihat ke arah Hana.

"Erm.. Suka?" Hana berhenti membuat kerja dan membuat gaya seperti Jungkook.

"Benda yang Hana pantang nampak mesti Hana nak,"

"Aaah! Rama-rama.Tapi kenapa Kookie nak tahu?" Hana hairan dengan Jungkook.

"Saja jelah.Kookie nak tahu apa yang bestfriend Kookie ni minat.Kookie takut kalau Kookie bawa Hana jalan-jalan ,Kookie pergi dekat tempat yang Hana takut.Ni dah tahu tak adalah tiba-tiba Hana menjerit sebab takut,"

Hana mengangguk dan sambung menjawab soalan mathnya.

-------

"APA!" Hana menjerit dan jatuh terduduk di atas lantai saat mendengar berita penukaran tempat kerja Appanya yang bermaksud pemindahan sekolahnya juga.

"Hana...Sabar! Appa dinaikkan pangkat sebab pangkat yang Appa jawat sekarang tak sesuai untuk Appa berada di Korea.Kita terpaksa juga berpindah ke Kanada sayang," Appa Hana menerangkan satu persatu kepada Hana.Hana hanya mendengar sambil air matanya bergenang.Tak sanggup untuk meninggalkan kawan-kawannya di sini.Bermacam-macam kenangan dicipta dan pemindahan ini menyebabkan memori itu menjadi hambar untuk dikenang.

Hana bangun dan berlari naik ke atas.Badan direbahkan ke atas katil dan Hana menangis sekuat hatinya.Dia tak sanggup untuk berpisah dengan kawan-kawannya terutama Jungkook.Dia mengaku yang dia sudah mula sayangkan Jungkook bukan sebagai kawan tetapi sebagai kekasih.

Keesokan harinya,Hana pergi ke sekolah dengan mata yang bengkak.Jungkook terkejut melihat mata Hana dan menegurnya.

"Hana.. Waeyo? Gwenchana? Appo?"

"Ani..." Sepatah sahaja jawapan Hana.Perkara ini membuatkan Jungkook makin risau dan senyap-senyap mengikut Hana balik ke rumahnya untuk bertanya kepada Ommanya memandangkan Hana tidak mahu menjawab.

"Ahjumma...," Jungkook memanggil Omma Hana yang sedang menyiram pokok bunga sebaik sahaja memastikan Hana sudah masuk ke dalam rumah.

"Oh..Jungkook.Ada apa?" Omma Hana duduk di bangku dituruti oleh Jungkook.

"Kenapa Hana macam sedih je hari ini.Dengan Jungkook pun macam  nak tak nak je bercakap,"

"Beginilah Jungkook... Kami sekeluarga akan berpindah ke luar negara minggu depan.Itu yang Hana sedih sangat. Ahjumma harap kamu dapat luangkan masa yang masih tersisa ini bersama Hana.Ahjumma pun tak tahu bila kami akan pulang ke sini," Jungkook hanya mengangguk.Di sudut hatinya,dia juga berasa sedih.Kawan yang dia kenal sejak kecil mahu berpindah,siapa yang tidak sedih.

Jungkook meminta diri untuk balik dan singgah di suatu tempat.

-------

Pada hari terakhir Hana berada di Korea,Jungkook mengajaknya keluar ke sebuah taman yang dikelilingi oleh tasik.

"Hana... Sebenarnya Jungkook dah tahu yang Hana akan berpindah," Jungkook meramas tangannya kerana takut Hana akan marah.

"Ermm.. So kita enjoy hari terakhir kita bersama," Ujar Hana dengan suaranya yang menahan tangis.

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!