• 6

1.5K 187 54
                                    

Aku membontoti Jimin , banyak benda yang aku nak tanya dia . Banyak sangat . Kenapa kami berhenti jadi kawan ? betulkah dia suka Mimi ? dan betulkah pasal semua khabar angin yang aku dengar sewaktu di sekolah tinggi tapi lets we start with this

"Kenapa kita berhenti jadi kawan?"

Jimin berhenti , dia pandang aku dan kemudian mengangkat bahunya.

"Entahlah...aku rasa , mungkin sebab kita dah membesar" Jimin terus berjalan . Aku rasa tak puas hati dengan jawapan dia . Eeee jawapan jenis apa tu , detail lah sikit .

"Tapi kita kawan baik dulu , a great bestfriend ... aku rindu kau my bestie" Aku ketawa kecil sambil cuba memandang ke dalam anak matanya.

Dia menggosok lehernya sambil tersenyum , dia larikan mata dia daripada aku . Dia blushing! Aku tak pernah tengok dia macam ni , pipi gebu dia mula memerah. Dia tak pernah tunjuk sisi macam ni sebelum ni , dia badboy badass , gangster macam tu tak macam aku tengok sekarang , a cute Jimin who's blushing .

"Kau blushing ke?" Aku ketawa sambil mengusik dia. Saja nak bagi dia geram and it's work! pipi dia makin merah dan dia hanya tunduk bawah. Aku mula lah rasa seronok , perasaan takut gementar dan awkward terus hilang .

"Don't try me Kim Kyumi" Dia tergelak kecil sambil laju berjalan. Larikan diri dari aku ke ? and paling aku tak sangka , dia masih ingat nama penuh aku dan aku suka bila dia sebut nama aku , sound cute .

"Sorry , tapi aku tak pernah nampak this cutie badboy blushing kat sekolah ataupun sebelum ni" Kataku sambil memasukkan tangan ke dalam poket jeans .

"Kau rasa aku cute?" Dia tergelak kecil. Aku terus pandang dia , Kenapa dia baik sangat ni ? aku rasa...

"Emm ada orang tu perasan tapi yeah tadi kau blushing kau comel" Kataku jujur "Mesti kau suka kan aku puji?" sambung ku.

Jimin ketawa lagi , ya tuhan comel sangat. Waktu dia pandang aku dengan eyesmile dia aku tak dapat nak describe betapa comelnya dia. Ini bukan Park Jimin yang aku kenal di sekolah tinggi , mana Park Jimin yang dulu ?

"Hello , aku Park Jimin. Benda benda macam tu aku tak kisah lah"

Oh okay , Park Jimin yang suka control macho masih wujud.

"Oh wow... bad ass"

Jimin hanya menjeling.

"Damn... Kyumi masih tak berubah sepenuhnya"

Aku senyum "Memang pun"

"Itu tak bagus" Katanya dan ketawa. Eee kenapa dia asyik ketawa ? dia tahu tak aku mampu pengsan kalau pandang eyesmile dia lama lama ? Dasar jamless tak guna.

"So tell me badboy-" Belum sempat aku menghabiskan ayat aku dia potong.

"Jangan panggil aku macam tu" Suara dia agak marah , no i mean , serious.

"Kenapa memang kau badboy kan ?"

Jimin pandang aku geram

"Tak , aku tak 'badboy' . Korang semua yang bagi gelaran tu"

Aku mengangkat bahu

"Diaorang bagi gelaran berdasarkan apa yang kau buat , you're such a badboy"

Jimin hanya menggulingkan matanya.

Kami dah berjalan kearah kampus , Aku ternampak sebuah kedai ais krim . Ais krim! lama aku tak makan Ais krim , favourite aku! Aku memang macam beruk sikit bila nampak Ais krim . Aku terus melompat.

"Nak Ais krim!" Aku menjerit teruja.

Aku terus memegang tangan Jimin , nak ajak dia lari sebab tadi dah ramai orang kearah kedai Ais krim tu.

"Jom! kita beli Ais krim sebelum orang ramai" Aku tarik tangan dia tapi dia tak bergerak.

"Aku tak lari untuk Ais krim , macam bodoh je"

Aduh dia nak cover macho pula waktu waktu macam ni , aku tengah kebulur Ais krim. Tanpa mengira sebab dan akibat aku terus tarik tangan dia dan berlari kearah kedai ais krim itu.

###

Next chapter , It'll goes by point of view (pov)

sorry short update . Wait next chapter , Ice cream talk !

Vote & Comment ~

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now