• 2

1.9K 219 71
                                    

Sekolah Tinggi Gred 3

(Tahun lepas sebelum ke kolej)

" Jimin , kamu nak pergi ke pejabat pengetua ke ? "

Puan Woods yang berasal daripada Amerika menyoal . Aku pandang Jimin , dia hanya menjeling keatas apabila Puan Woods mengugut begitu .

" Cikgu dengar sini , saya tak kisah kalau cikgu nak halau saya keluar dari kelas ni . Tapi bangsat ni mesti keluar dari kelas ini juga! "

Kata Jimin sambil memandang Yoongi tajam . Yoongi hanya tersenyum macam orang bodoh , Jimin pula masih merenung tajam .

" Kamu berdua diam " ,

Tengking Puan Woods kuat . Jimin kekal diam dan menjeling Yoongi geram . Aku tahu Jimin tengah panas hati sekarang , daripada riak muka dia yang bengis tu aku dah boleh agak .

Aku menoleh ke hadapan semula . Buat apa tengok Jimin dan Yoongi yang asyik bergaduh tu , sementara semua pelajar dalam kelas buruk ni beri sepenuh perhatian kearah Jimin dan Yoongi , aku mengeluarkan buku nota kecil aku . Buat doodle lagi best . Aku dah bosanlah tengok Park Jimin ni bergaduh , Jimin selalu buat masalah . Selalu sangat .

Baru je aku nak doodlekan nama aku di dalam buku nota aku , aku terdengar Yoongi menggelar Jimin

" Fake bitch "

Sebelum aku dengar perkataan tu aku ada juga dengar jeritan , bunyi kerusi dihempuk , meja diterbalikkan , yang pelajar lain sibuk bersorak sementara ada suara yang seperti burung Belatuk sedang menjerit

" Berhenti "

" Tidak "

" Jangan "

Aku abaikan .

Tapi apabila mendengar ayat keramat Yoongi untuk Jimin terus aku menoleh dan kawasan belakang aku tak ubah macam lorong belakang dekat Shah Alam tu , pernah pergi tak ?

Mata ku terarah kearah Jimin , Dia sedang sibuk menumbuk Yoongi yang dah terbaring diatas lantai . Puan Woods pula sibuk menghubungi pejabat , meminta bantuan apabila Jimin dan Yoongi dah macam buat perlawanan WWE dalam kelas buruk ni , memang kelas ni buruk pun .

Seketika kemudian , Pakcik security yang berbadan Sado masuk ke dalam kelas buat kesekian kalinya . Aku dapat lihat dengan jelas hidung Yoongi berdarah , hujung bibirnya juga berdarah . Aku pandang Jimin pula . Dia sedang duduk di atas meja dia , tayang muka syurga sambil tengok Yoongi yang diangkat oleh Pakcik Sado tadi . Tiada sebarang luka atau calar pun dekat Jimin , malah dia sempat meraup rambutnya kebelakang acah macam menang WWE . Please lah aku meluat ok . Sebelum Yoongi diangkat ke bilik rawatan sempat lagi Jimin menjerit

" Don't mess with me bitch "

Satu kelas bersorak meraikan kemenangan Park Jimin yang disanjung ramai . Kawan - kawan aku semua dah mula terhegeh - hegeh teruja sebab Jimin menang . Rasa menyampah mula menggunung , budak bermasalah tu buat hal lagi .

###

Aku berjalan ke kafeteria . Sekarang merupakan waktu rehat dan aku memang tengah lapar gila . Jadi tanpa membuang masa , aku membuat pecutan ke kafeteria namun tiba - tiba aku rasa macam aku diangkat ke udara .

[SLOW UPDATE] BESTFRIEND | JiminWhere stories live. Discover now