Permulaan:;

954 81 20
                                    

Di Art's High School

"Semoga kamu semua boleh manfaatkan cuti selama 3 minggu ini dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan buang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya"pesan Puan Joey selaku guru tingkatan kelas 4

"Dan kamu jangan lupa naik sahaja cuti, sekolah akan mengadakan ujian 2 untuk tahun ini"sambung Puan Joey

"Alaaaa"semua pelajar di dalam kelas itu terus mengeluh apabila Puan Joey memberitahu tentang ujian itu

"Apa ni cikgu! Cuti untuk berehat bukan belajar"protes Yugyeom

Kim Yugyeom seorang pelajar yang sangat terkenal di dalam sekolah itu, mempunyai kumpulan bernama Got7, Yugyeom boleh dikatakan seorang pelajar yang agak nakal di Art's High school

"Entah cikgu ni, cuti kita enjoy lah cikgu!"jerit Hyera dan mendapat sokongan daripada semua pelajar di dalam kelas itu

Lee Hyera seorang pelajar perempuan yang terkenal dengan watak boyish nya di dalam kelas tetapi sebaik sahaja keluar daripada watak 'feminie' nya akan muncul kembali, Hyera adalah kawan baik Yugyeom sejak mereka berada di kelas 2 lagi, Hyera juga tidak kurang nakalnya seperti Yugyeom

"Dah dah jangan nak pro...."

KRINGGGG KRINGGGGG

Loceng sekolah berbunyi menandakan cuti semester pertama sudah bermula ,semua pelajar kelas 4 itu berlari keluar daripada kelas sebelum sempat Puan Joey menghabiskan ayatnya

Yugyeom dan Hyera berlari keluar dari kelas dan pergi ke loker mereka yang terletak bersebelahan itu dengan gembira sekali

"Yug"panggil Hyera yang sedang mengambil buku-buku yang sepatutnya untuk diulang kaji nanti

"Apa?"balas Yugyeom

"Jb datang tak?"tanya Hyera yang mula nak menggedik

"Datang"balas Yug

"Hehehehe okay"Hyera semakin gembira

"Gedik"kata Yugyeom sambil menjeling tajam ke arah Hyera

"Jealous ke😚"usik Hyera dan Yugyeom terus berjalan meninggalkan Hyera

Hyera melompat ke atas belakang Yugyeom

"Kau ni, pergi ahh suruh Jb tu gendong kau, sibuk nak naik atas aku jugak"kata Yugyeom, walaupun dia berkata begitu tetapi dia tetap memegang Hyera supaya dia tidak terjatuh

"Alololo Yugyeom merajuk ke"kata Hyera sambil meletakkan kepala nya ke atas bahu Yugyeom sambil memandang ke arah Yugyeom

"Erkkk, tak da masa aku"balas Yugyeom

"Yeke😏"tanya Hyera sekali lagi

Tiba-tiba sekumpulan lelaki datang menghampiri mereka berdua

"Yoww, Yugyeom"salah seorang daripada mereka menyapa Yugyeom

"Yoww bro"balas Yugyeom

Hyera terus turun dari belakang Yugyeom dan berdiri di belakang Yugyeom

"Jom pergi makan dekat tempat biasa"ajak Jackson, salah seorang daripada kawan Yugyeom

Dare :; Im JaebumWhere stories live. Discover now