"Hai,".

"Maaf, Nurin lambat. Ada kerja sikit dekat office tadi," ujar Nurin.

"It's okay. Akak pun baru saja sampai," balas wanita itu pula masih tak lekang daripada senyuman manisnya.

Usai memesan makanan dan bertanya khabar tentang keluarga masing-masing, Wanita itu mula membuka topik yang ingin dibincangkan.

"So, macam mana misi yang akak bagi pada kau hari tu?" Soal Cassie sambil menikmati hidangan makanan tengah hari yang terhidang dihadapannya.

Nurin menarik nafas lemah seraya mendengus marah.

"Sumpah , Nurin dah tak mahu dah dekati Danish," ujar Nurin. Perasaan cuaknya masih belum hilang apabila mengenang kembali wajah Danish yang serius sewaktu bersuara tentang perkahwinannya.

"Kenapa sampai macam tu sekali?" Soal wanita itu, curiga.

"Dia ugut Nurin," Nurin mula menceritakan segala yang berlaku semasa dia menjalankan misinya untuk menggoda Danish. Dari pertama kali Danish tidak mengendahkan salam perkenalannya sehinggalah ugutan Danish yang serious itu.

"Nurin rasa dia memang tak akan pandang perempuan lain selain isteri dia lah akak. Nurin pun dah fed up nak teruskan rancangan akak ni," sambung Nurin lagi seraya melepaskan keluhan berat.

"Interesting," ujar wanita itu mengukir senyuman lebar.

"Seriously Kak?," soal nurin seakan tidak percaya. Punyalah dia cuak apabila diberi amaran sebegitu boleh dia balas dengan senyuman lebar.

Wanita itu masih lagi mengulum senyuman.

"Akak boleh saya tahu kenapa akak suruh Nurin goda Danish tu?" Soal Nurin tiba-tiba diundang rasa curiga. Sebenarnya dia berasa pelik dengan sikap wanita itu.

"Akak cuma nak test something, tak sangka ini hasilnya. So, I decide I'll believe him with her," jawab wanita itu.

"Believe him?" Soal Nurin kehairanan.   " Wait... Ha'ahlah! Sekarang baru Nurin ingat. Bukankah Kak Qira tu best friend akak?" Usul Nurin dengan wajah yang bersungguh. Ingin saja dia ketuk kepala pada meja. Walaupun dia tidak pernah bersua muka dengan Qira , tetapi dia tahu hubungan mereka sangat akrab. Tapi kenapa?

"Kak Cassie, can I know why??,"

"Cuma satu sebab, akak tak nak tengok kawan akak patah hati lagi sebab lelaki. Akak nak tahu Danish tu orang yang berpendirian tetap ataupun tak , so akak minta tolong dengan kau. Akak tak nak Qira menangis sebab patah hati sekali lagi disebabkan lelaki tambahan lagi si Danish tu suami dia. Daripada cerita kau, akak yakin Danish dapat jaga dia dengan baik," jelas Cassie berterus terang. Dia melakukan semua itu kerana dia pernah lihat Qira menangis setiap malam disebabkan cinta. Hati perempuannya faham dengan apa yang dirasakan oleh sahabatnya ketika itu.

Nurin yang mendengar penjelasan Cassie itu merasa terharu dan kagum. Cukup indah sebuah persahabatan bagi mereka berdua. Inilah persahabatan sejati yang hanya dapat dipisahkan oleh maut. Nurin juga tahu Qira banyak menolong Cassie kerana Cassie sering menceritakan tentang kawan-kawannya kepada Nurin. Akhirnya, Nurin turut mengukir senyuman manis.

**** at D.A holdings ******

QIRA sedang menyiapkan laporan yang perlu dihantar dengan segera ketika seorang perempuan lingkungan 23 tahun datang mengetuk mejanya dengan cara yang agak kurang sopan.

"I nak jumpa bos u," ujar gadis itu tanpa memandang Qira. Gadis yang memakai dress merah itu meneliti kukunya yang digilap cantik menggunakan penggilap berwarna pink.

"Maaf , cik kena buat appointment dulu sebelum jumpa bos," balas Qira sedaya upaya cuba memaniskan wajahnya.

"I nak jumpa bos u sekarang. I ada info menarik tentang isteri dia,"

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now